Fuh, hari ni topik perbincangan antara aku dengan cikgu dan seorang sahabat baik aku agak mendalam. Sampaikan aku tak tahu nak ulas bahagian mana yang mudah untuk aku ceritakan.
Ada banyak bahagian yang disentuh untuk kitorang belajar buat dan perbaiki yang mana silap. Tak kira daripada aspek perniagaan hinggalah sampai ke peringkat menjaga hubungan dengan Tuhan.
Yang aku faham, takde satu perkara yang terjadi atas muka bumi ini sia-sia. Semuanya mesti ada sangkut paut dan berkaitan antara satu sama lain. Dan semua perkara itu bila di blend kan.
Belajar daripada kesilapan dan pengalaman
Akan jadikan siapa kita hari ini dan di masa akan datang. Setiap orang akan melalui proses kehidupan yang berbeza-beza. Jalan cerita hidup kau lain, jalan cerita hidup aku lain.
Tak kisah lah sama ada pengalaman yang baik ataupun tidak, semuanya akan jadi pengajaran untuk kita teladani. Dah semestinya untuk berjaya dalam dunia ini akan berlaku banyak perkara yang tak diduga.
Sampaikan tahap kau tak boleh nak berfikir secara logik kenapa satu-satu perkara tu boleh terjadi. Kadang kau tak perlu fikirkan sangat pun kenapa itu jadi, kenapa yang ni tak jadi.
Semua perkara yang terjadi Allah SWT dah susun aturkan
Macam cikgu bagitau tadi. Kita terlampau merasakan yang usaha kita tu yang buat kita dapat unit jualan atau business kita untung juta-juta.
Sedangkan kita sukses sampai hari ni sebab kan Tuhan memang nak bagi. Boleh jadi kita ingat benda yang baik tu sebenarnya untuk kita sedangkan benda itu lah yang tak baik.
Perkara yang kita rasakan tak baik tu sebenarnya itulah yang baik untuk kita. Usaha tu sekadar asbab sahaja. Sebab syarat untuk dapat kena usaha.
Wallahualam.
Artikel menarik untuk anda:
Pengalaman 12 tahun dalam bidang niaga
Ini aku saja lah nak bagitau. Kalau kau rasa berniaga ini susah, kau jangan risau. Pelik tak bila aku cakap macam ini?…... Baca selanjutnya »
Jangan selalu cepat merungut dengan rezeki yang dah diberi.
setiap manusia tu mesti akan lalui fasa susah dalam hidup dia. kan ke hidup kita ini ibarat roda. kadang kat atas kadang…... Baca selanjutnya »
HIKMAH DISEBALIK KEJADIAN YANG SEDANG TERJADI
Dalam kehidupan kita sehari-hari, ada kala kita merasakan apa sahaja perkara yang telah terjadi pada hari itu adalah suatu kebetulan tidak dijangka….... Baca selanjutnya »
Ujian akan sentiasa ada bersama dalam hidup
Manusia sentiasa diuji dengan macam-macam dugaan. Sama ada bersedia ataupun tak bersedia. Ujian tu datang dalam macam-macam bentuk dan keadaan. Ada yang…... Baca selanjutnya »
Kau yang dulu bukanlah yang sekarang
Kenapa awak sanggup buat saya macam ini? Awak kata awak sayang saya. Awak kata awak cintakan saya. Tapi kenapa awak berubah? Sedangkan…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions