Imaginasi waktu kecil jadi kenyataan

FB_IMG_1595170565944

Aku dulu masa budak-budak teringin sangat nak ada rumah sendiri yang ada swimming pool. Selalu aku cakap dengan mama papa aku nak rumah ada swimming pool. Nak juga, tak kira. Dulu lah masa kecil dulu.

Lepas tu bila dah besar rupanya tak senang juga nak beli rumah, apa lagi yang ada swimming pool. Harapan nak beli pun rumah condominium tapi tu lah. Harga rumah itu bukan main mahal lagi. Nak-nak zaman dah 2020 ini.

Pergi ekspo rumah siap kena ketawakan lagi. Yelah meniaga setakat pasar malam ini memang tak boleh beli lah rumah cerita dia. Sebab payslip takde, penyata bank takde, lhdn apa semua takde.

Tapi itu lah bila dinamakan rezeki ALLAH izinkan nak bagi. Takde siapa sangka akhirnya boleh juga beli rumah sendiri. Hasil daripada bisnes sekarang yang duk pulun buat pagi petang siang malam membuahkan hasil.

Hari ini mama papa adik-adik dengan kawan-kawan datang rumah. Bila tengok dorang mandi ramai-ramai tadi timbul perasaan syukur yang tak terhingga dengan rezeki rumah yang ALLAH dah bagi.

Apa yang aku bayangkan daripada kecil jadi kenyataan. Siapa sangka orang yang niaga pasar malam kaki lima niaga dekat pasar karat petaling street boleh beli rumah yang condominium yang harga cecah 300 ribu.

Syukur alhamdulillah, mohon lah doa pada Dia, sampai masa mesti ALLAH izinkan.

Kalau dapat masuk TV ini nak announce kat semua orang yang tengah struggle niaga sekarang.

Korang mesti boleh dapat juga, buat sampai jadi!

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge