IMPIAN MEMBELI RUMAH PERTAMA

Bayangan-keadaan-apabila-siap-pembinaan

Lain orang lain impiannya. Bagi aku, memiliki rumah pertama atas nama sendiri merupakan satu hal yang tak pernah aku jangkakan dalam hidup. Ye lah. Aku bukanlah daripada keluarga yang senang. Pendidikan juga setakat sekolah menengah sahaja. Habis sekolah terus berniaga. Jadi impianku itu boleh la dikatakan angan-angan yang mustahil untuk digapai.

Alu ingat lagi dulu, setiap bulan pasti aku akan membeli majalah hiasan rumah. Tak tahulah kenapa aku suka sangat melihat rumah yang cantik dan kemas. Aku selalu berangan-angan memiliki sebuah kondominium lengkap dengan kolam renang. Aku seperti boleh membayangkan sedang menikmati air coklat panas sambil melayan angin sepoi-sepoi bahasa dari ruang balkoni pangsapuriku.

ANGAN-ANGAN WAKTU KECIL

Sambil melayan lagu Claude Debussy dan ditemani cahaya bulan yang mempesonakan, aku khayal dalam lamunan yang aku sendiri rekakan. Sungguh aku suka membayang suasana ketenangan itu walaupun aku sendiri tak pernah merasainya disebabkan tak pernah pun ada rumah kondominium atas namaku sendiri.

Meluangkan masa bersama keluarga tercinta sambil bercerita tentang kisah waktu kecil, pasti perasaan sedih dan gembira bercampur-baur membuatkan suasana rumah jadi lebih meriah. Berkumpul beramai-ramai sambil menonton filem-filem kegemaran sepanjang zaman pasti mengimbau banyak kenangan.

BELAJAR TENTANG SUASANA KEADAAN SEMASA

Syukur alhamdulillah. Allah kini mula bukakan pintu satu persatu bagi aku mencapai apa yang ingin aku hajati. Walaupun aku masih belum berjaya membeli rumah lagi, namun kini aku sudah berjinak sedikit demi sedikit belajar dan mendapatkan ilmu bagaimana untuk beli rumah di awal usia yang masih muda lagi.

Ada beberapa pusat galeri jualan rumah yang telah aku lawati bagi mendapatkan info dan keadaan semasa tentang suasana pembelian rumah di ambang era 2020. Rata-rata memberikan fakta dan analisa yang berbeza-beza namun kebiasaanya trend membeli rumah ini memang sudah ada pattern nya sendiri.

SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN

Membeli rumah di awal usia muda pasti tidak merugikan sebenarnya kerana harga hartanah sentiasa akan melambung naik tak kira masa dan keadaan ekonomi. Memiliki rumah sendiri boleh dikatakan wajib bagi pasangan yang sudah berkawin kerana menyediakan tempat yang selesa untuk seisi keluarga itu adalah perlu dan fardhu.

Doakan semoga satu hari nanti aku diizinkan juga untuk membeli sebuah rumah yang aku idam-idam kan. Aku sentiasa akan berusaha keras untuk mendapatkan apa yang aku hajati. Bekerja dengan berpandukan target pasti akan membuahkan hasil yang lumayan serta menjadikan kita seorang yang sentiasa berdisiplin dan bekeyakinan tinggi. Semoga kita semua mencapai impian masing-masing hendaknya. Amin ya rabbal aalaimi .

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge