IMPIAN SEBUAH HARAPAN

Sentiasa-sabar-dalam-menempuhi-dugaan-hidup

Semua orang mempunyai impian masing-masing. Setiap kali bangun pagi, sentiasa tertanam dalam diri bahawasanya satu hari nanti pasti kejayaan bakal dikecapi. Walau apapun rintangan yang akan hadir, pasti tidak akan sekali-kali lari dan akan ditentang habis-habisan tanpa ada rasa mahu menyerah kalah.

Langkah demi langkah, strategi demi strategi diatur supaya apa yang dihajati termakbul. Tanpa menghiraukan suara-suara langau yang sentiasa membisik mengatakan yang semua itu hanyalah khayalan semata-mata. Tambah parah lagi hinggakan tegar menghasut memberitahu yang diri ini tidak layak untuk berubah.

RAYUAN YANG TIDAK DIDENDANG

Mereka bukannya yang memberi nasi disaat diri sedang bergelut mengikat perut yang kebuluran tidak punya makanan yang boleh dijamah. Bukan mereka yang ada disisi disaat nafas seakan-akan terasa berhenti saat pemungut hutang datang menghamburkan kata-kata kesat, cacian dan makian yang menanahkan telinga.

Hinggakan sampai satu ketika tiada lagi jalan keluar tersepit tidak mampu meloloskan diri daripada cengkaman hutang yang membelenggu. Menagih simpati memohon supaya dibantu barang sedikit apa yang boleh hingga melutut merayu namun tidak diendahkan sambil mencebik bibir menuding jari menyalahkan semula.

BERPEGANG DENGAN TAKDIR

Kini tiba-tiba mahu menjadi seorang penunjuk arah dan mahu menentukan perjalanan karier orang lain. Sudah-sudahlah dengan gaya yang menjengkelkan membuat orang semakin tidak suka dengan segala tindakan yang telah dilakukan. Mana menghilang saat harapan yang mahu dipaut, saat di mana tiada lagi sinar kebahagian dalam kehidupan.

Terkial-kial dalam menjalani proses yang dahsyat seorang diri. Tiada apa yang menjadi perisai yang bisa melindungi daripada ancaman durjana. Hanya berpegang kan impian yang sangat besar mahu mengubah kehidupan diri dan keluarga ke arah yang lebih baik. Saat untuk diri sendiri sudah tidak perlukan apa-apa lagi.

SATU MIMPI MAHU DIREALITI

Kini langkahan lebih berani. Allah SWT tidak pernah menganiaya hamba-hambaNya selagi mana manusia itu mahu bersyukur dengan segala pemberian yang dikurniakan. Benar barangsiapa yang redha dengan segala perkara yang berlaku dan selalu bersangka baik pada takdir, tentu Allah tambahkan lagi rezeki pada jalan yang tidak sangka-sangaka.

Platform yang telah terbukti berjaya mengubah ramai kehidupan kepada yang lebih baik, sistem bantuan sokongan dan dorongan daripada tenaga para pengurus, pelan jangka masa pendek dan panjang apa yang bakal dan harus dilalui semuanya sudah lengkap bagi meneruskan semula perjalanan kehidupan yang masih berbaki.

Banyakkan bersabar, semuanya kan baik sahaja..

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge