INGAT SENANG

Kereta-mewah

Jol sememangnya boleh digelar seorang yang berjaya di syarikat tempat beliau bekerja. Jawatan beliau sebagai seorang pengurus di sebuat syarikat terkemuka Taiwan telah menjadikan beliau antara individu yang memiliki pendapatan lumayan 5 angka sebulan.

Kebanyakan kawan-kawan sebaya Jol sangat mengagumi pencapaian yang telah beliau kecapi. Manakan tidak, dengan umur Jol yang baru mencecah usia 30-an, beliau telah berjaya memiliki 3 rumah atas namanya sendiri dan memandu kereta mewah buatan German.

IRI HATI

Kejayaan Jol tentunya dicemburui sesetengah kawan-kawan nya yang lain. Ada yang kurang senang melihat Jol berjaya. Mereka mencemuh dengan mengatakan yang Jol berjaya disebabkan oleh sikap nya yang pandai berkawan dan mudah mesra dengan orang ramai.

Sudah tentu kelebihan yang Jol miliki digunakan untuk membodek dan mengipas orang atasan tempat beliau bekerja. Siapa yang tidak terpegun dan terpesona setiap kali Jol berbicara. Nada suaranya yang lembut dan rupa paras yang menarik tentu menjadi kesayangan majikan.

TIADA ALASAN

Susah payah dan perit yang dihadapi oleh Jol sebelum beliau berjaya tiada siapa pun yang ambil tahu. Jol sendiri sebenarnya sangat komited dan bekerja keras untuk berjaya. Bagi Jol apa saja halangan yang berada dihadapannya tidak sekali-kali dijadikan alasan untuk berjaya.

Sewaktu mula-mula bekerja dahulu pun Jol sanggup berjalan kaki dari rumah ke hentian bas dan perlu menukar 3 bas untuk sampai ke tempat beliau bekerja. Walau jarak perjalanan dari rumah ke tempat kerja Jol sejauh 50 kilometer namun Jol tetap bersabar. Jol keluar rumah waktu hari masih gelap dan pulang ke rumah pun hari sudah gelap.

RELA BERKORBAN

Jol terpaksa korbankan masa dengan isteri dan anak. Bagi Jol biarlah dia bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang kemudian. Walaupun sering bergaduh dengan isteri disebabkan tiada masa dengan keluarga, namun Jol akan selalu meminta maaf pada isteri dan memintanya supaya bertahan.

Kini Jol tidak lagi menghiraukan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya. Jol buktikan bahawasanya untuk berjaya tiada jalan pintas yang boleh dilalui. Semua orang akan melalui proses dan fasa susah sebelum menjadi senang.

INDAHNYA KEJAYAAN

Isteri Jol kini lebih memahami yang segala pengorbanan beliau sebelum ini membuahkan hasil yang lumayan buat mereka sekeluarga. Isteri Jol bersyukur memiliki seorang suami yang kuat bekerja dan sangat mementingkan keluarga dalam semua hal.

Bagi Jol, beliau tidak kisah apa sahaja cakap orang dibelakang. Yang penting, hala tuju dan matlamat nya untuk membantu lebih ramai orang yang ingin mengubah kehidupan ke arah lebih baik tercapai.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge