INSPIRASI SEPANJANG ZAMAN

Sahabat-juara

Semalam aku ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menghantar rombongan sahabat-sahabat seperjuangan yang berjaya layak ke percutian 3 buah negara serentak iaitu France, Belgium dan Netherlands. Seronoknya melihat mereka melancong ke negara eropah apatah lagi mendapat tajaan penuh percuma daripada syarikat.

Mereka layak mendapat percutian lima bintang ini atas sebab pencapaian membanggakan hasil kerja terbaik yang mereka peroleh semasa bulan Jun hingga bulan Disember tahun lepas. Ramai keluarga dan sahabat handai tidak melepaskan peluang bergambar kenangan sebelum mereka berangkat. Suasana di lapangan terbang penuh dengan aura positif terinspirasi dengan kejayaan mereka.

HALANGAN DAN PENGORBANAN

Bila cerita tentang kejayaan tentunya kita akan melihat perkara yang indah-indah sahaja bukan? Tetapi di sebalik kisah itu ada banyak lagi kisah terselindung dan tersembunyi yang tidak diceritakan oleh mereka. Pengorbanan, titik peluh keringat dan petumpahan darah yang mereka alami pastinya membuatkan kita sendiri berasa takjub bagaimana mereka melepasi setiap halangan dan dugaan.

Ada antara mereka yang terpaksa meninggalkan anak dan isteri di rumah semata-mata keluar bekerja untuk bertemu dengan pelanggan atau prospek yang kadang kala jarak untuk ke tempat temujanji memakan masa beratus-ratus kilometer. Bila keluar kerja hari masih gelap dan bila pulang pula hari sudah lewat malam. Seharian berada di luar rumah sehingga makan dan minum sendiri tak terjaga.

PERIT NYA DUGAAN

Kisah seorang sahabat ni pula buat aku rasa sebak dan terharu. Bayangkan bagaimana beliau sanggup redah hujan lebat dan ribut petir dengan menggunakan motosikal lama yang bergegar-gegar badannya dari Cheras ke Nilai untuk ke ‘booth’ jualan. Sampai di pertengahan jalan, akibat jalan licin beliau terjatuh daripada motosikal dan berlumuran darah. Namun disebabkan semangat kental, beliau tetap teruskan perjalanan untuk ke pasar raya tempat kiosk jualan berkenaan.

Semua ini hanyalah salah satu cerita daripada beribu cerita yang yang tidak didendangkan. Proses untuk berjaya itu jalan nya tidaklah mudah seperti yang disangka. Mungkin apabila kita rasa yang dugaan yang sedang kita hadapi itu seperti tak masuk dek akal, tapi percayalah ada orang yang lebih susah daripada kita lagi. Percayalah setiap manusia diuji atas kemampuan diri mereka.

RAIKAN KEJAYAAN

Bergembiralah semua wahai sahabat. Anda telah buktikan yang setiap kejayaan itu dibayar setimpal dengan usaha gigih yang tak pernah berbelah bagi. Semoga percutian kalian ini akan menginspirasikan lebih ramai lagi manusia di luar sana bahawasanya tiada jalan mudah atau jalan pintas untuk berjaya.

Semua orang akan melalui proses yang sama dan apabila kita berusaha dengan niat yang betul dan istiqamah, nescaya Allah akan membalas segala penat lelah kita dengan pelbagai lagi kejayaan pada masa akan datang sama ada di dunia mahupun diakhirat. Apa yang penting jangan pernah putus asa kerana ianya akan memakan diri.

Bak kata boss GM – ‘give up itu musibat’

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge