Isteri bukannya nak shopping sangat

dapat-keluar

Isteri ini sebenarnya dia faham je bila masa suami dia ada duit, bila masa suami dia takde duit. Jadi sebagai suami janganlah tiba-tiba rasa gelabah kalau isteri ajak keluar.

Lagi-lagi tengah bulan. Asal isteri ajak keluar je time ini mesti nak mengelat. Ada je alasan sakit perut lah, malas nak bersesak-sesak lah. Kaki sakit lah. Anak buat hal tak bagi keluar.

dapat keluar rumah pun dah happy dah

Kesian isteri duduk rumah

Kesian tau isteri asyik terperap je kat rumah. Hari-hari tengok dinding tak boleh nak berjalan ke mana. Nak diangkut anak-anak keluar, rumah pula jauh dengan public transport.

Nak bawa kereta, kereta pula ada satu je. Kalau tak memang dah lama keluar tak mengharapkan suami sangat. Bawa je budak-budak pergi jalan pusing-pusing pun dah okay dah.

tak beli pun, kan nak tengok je

Jalan-jalan je, bukannya beli pun

Bila isteri tu tetiba ajak keluar jalan, maknanya dia memang dah boring sangat lah tu. Yelah, mana melayan perangai anak-anak siang sampai malam. Betul, dia bukannya nak beli barang sangat pun.

Paling-paling dia nak tengok baju ke, pakaian dalam, kasut, bag itu je. Dia tau kita memang tengah bulan. Gaji pun macam cukup tak cukup dah nak sampai hujung bulan. Dia tak kisah pun kalau tak beli.

dapat makan kek pun dah seronok

Nak murah rezeki kena selalu belanja isteri

Tapi kalau dah gaji itu jangan lah pula tak beli untuk isteri. Jangan kedekut sangat. Kita cari duit hari-hari pun memang untuk dorang. Percayalah takkan miskin pun kalau selalu belanja isteri.

Silap hari bulan makin murah rezeki lagi adalah. Isteri ini kan magnet rezeki suami. Lagi kita layan mereka dengan baik sebenarnya lagi lancar kita punya rezeki. Ada je yang datang tak disangka-sangka.

kalau nak jalan-jalan, tengah promosi pun tak beli

Ingat balik masa bercinta

Lelaki yang baik itu sentiasa layan isteri ibarat permaisuri. Tak ingat ke isteri kita ini lah yang selalu kita gila-gilakan masa sebelum kahwin dulu. Bukan makin beria lagi kan kita duk loving-loving.

Sampai sanggup hantar nasi tengah-tengah malam naik motor supaya dia tak lapar. Sampai sanggup buat surprise setiap kali keluar dating kat shopping mall. Takkan dah lupa kot kan.

Hargai isteri itu lebih daripada yang kita pernah buat sebelum ini sebab mereka lah yang boleh bawak kita ke syurga nanti. Isteri itu pendamping suami.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge