Isteri memang sifatnya mudah tersentuh

jangan-buat-isteri-sedih

Yang namanya isteri itu, memang ada waktu yang kalau kita buat silap sikit mesti dia akan merajuk. Perempuan memang macam itu. Jiwa dia memang sangat rapuh. Hati dia senang terguris.

Mungkin kita rasa kita dah betul-betul kenal isteri kita itu macam mana. Tapi percayalah, ada masa-masa dia kita suami ini memang tak faham apa yang mereka nak. Buat itu ini tak kena.

jangan biarkan hatinya terluka

Kalau dah panas, jangan ditambah lagi marah

Kita pun lelaki ini janganlah ikutkan kan sangat panas hati kita pula. Lelaki ini sifat dia lebih mudah untuk kawal perasaan dan pandai untuk adjust emosi. Janganlah kita pun mental koyak juga.

Kenalah bertenang bila nampak isteri itu dah mula muka dia merah mencuka. Nampak telinga dia dah terbakar jangan lah duk cucuk-cucuk lagi dia. Kang sekali dia sembur, habis keliar semua perkataan yang kita taknak dengar.

suami tempat isteri bergantung harap

Susah bila dah mula merajuk

Ingat senang ke bila nak pujuk isteri yang tengah merajuk. Ingat boleh main peluk-peluk boleh buat diorang sejuk balik? Jangan harap lah. Lagi kau nak peluk lagi dia meronta habis kau tau.

Dah macam nak tangkap apa dah. Bukan main dia pusing nak lepaskan diri dia lagi adalah. Yang lagi bahaya bila dia dah mula nak cederakan diri sendiri. Kalau dah sampai tahap macam ini kau suami lebih baik hati-hati.

jangan terus sakiti hati mereka

Jauhkan daripada benda yang boleh mencederakan diri

Mungkin kesalahan yang kau dah buat itu memang susah sangat dia nak maafkan. Kau jangan push dia lagi. Bagi isteri itu rileks. Biarkan dia bertenang. Kalau kau masih nak lawan memang bahaya.

Jangan bagi dia dekat dengan apa saja benda yang boleh bahayakan diri dia dan diri kau masa itu. Jauhkan daripada benda yang tajam ataupun benda yang keras dan tumpul. Kalau tak memang boleh bahaya balik.

bawa bersabar

Tenang dulu, bincang kemudian

Kau boleh perasan masa bila yang dia dah mula okay sikit. Masa itu barulah kau cuba bawa bercakap dengan dia. Mulakan dengan minta maaf. Cuba pegang tangan dia. Kalau dia melawan stop dulu.

Kalau dia dah mula biarkan kau pegang tangan dia, cuba lah rapatkan badan. Lepas tu minta lah maaf banyak-banyak ke dia sampai hati dia dah mula okay balik. Jangan sekali-kali nak lawan time ini.

Bila dia dah okay, kalau kata dia yang salah dia sendiri akan mengaku.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge