Isteri sanggup gadai barang kemas sebab taknak tengok suami susah

kesian-isteri

Sampai macam itu sekali pengorbanan isteri kepada suami. Takde seorang isteri yang baik sanggup nak tengok suami dia susah seorang-seorang semata-mata nak menyara hidup keluarga, nak beli makanan, nak bayar sewa rumah, nak beli pampers anak semua itu.

Isteri ini dia boleh faham. Kalau kata suami dah takde duit dah, tak tahulah sebab apa, sama ada sebab tiba-tiba gaji kena potong ke ataupun niaga tak menjadi, dia sanggup bagi kat suami gelang ke, cincin ke, rantai emas yang dia ada, bawa pergi kedai pajak. Asalkan mana yang ada semua dia bagi.

isteri rela susah bersama

Situasi di kedai pajak yang suram

Pengalaman sendiri sebelum ini bila pergi kedai pajak itu, ada macam-macam situasi yang jadi. Ada yang nampak sugul mata lebam sebab menangis, ada yang cepat-cepat keluar sebab taknak berurusan lama-lama. Mungkin sebab sedih kena tinggalkan barang kemas tengah duk pakai.

Walaupun tengah pegang barang kemas isteri, tapi hati ini tetap rasa sayu. Waktu nak bagi kat orang kedai itu, mata langsung taknak pandang tuan kedai. Siapa yang tak pernah lagi rasa macam mana situasi kat kedai pajak itu, lebih baik jangan pergi. Pulun lah kerja elok-elok.

isteri tak sanggup tengok suami susah

Luluh hati dan perasaan

Bila dah masuk balik dalam kereta, duit itu terus bagi isteri pegang. Punyalah takut terpakai pula lagi. Asalkan dapat beli beras dengan telur semua itu, jadilah. Isteri pun bila tengok leher dengan tangan dah kosong, boleh perasan mata dia pun bergenang juga. Macam itulah cabaran hidup.

Nak tak nak kena lah hadap. Sebab itu bila ada rezeki lebih, cepat-cepat bayar balik duit yang dipinjam tu. Jangan nak tangguh-tangguhkan. Sebab kan nak make up kereta, nak make up motor bagi cantik, emas isteri kat dalam taknak keluarkan. Bunga makin lama makin naik.

menanggung sedihnya hati

Jangan tindas hak seorang isteri

Memanglah emas itu ada yang kita belikan. Tapi itu kan dah jadi hak isteri. Tak sepatutnya kita biarkan sengaja taknak bayar emas itu. Lewat bayar takpe lagi. Ni sampai tahap emas itu pun dah kedalam terus sebab dengan bunga-bunga pun taknak bayar. Macam mana itu.

Kesian lah kat isteri. Dah lah tak mampu nak belikan, dibiarkan pula hangus macam tu je. Berdosa kalau sengaja buat macam itu kat isteri. Fitrah manusia perempuan itu memang diciptakan suka emas ini semua. Kita sebagai suami kena usaha hadiahkan untuk isteri emas bila ada rezeki lebih.

hargailah pengorbanan isteri

Kenang semula pengorbanan mereka

Lepas ini tengok isteri, cuba tenung balik lama-lama ke mata dia. Bagitau dengan dia macam mana sekalipun bulan ini saya usahakan bayar emas awak itu sikit-sikit. Kalau ada duit itu, tapi macam nak beli barang lain. Tangguhkan dulu. Keluarkan dulu emas isteri kat dalam kedai pajak itu.

Jangan tindas hak isteri. Kalau ada duit lebih, hadiahkan pula kat dia tanda kasih dan sayang sanggup korbankan nyawa nak lahirkan anak kita. Susah payah bersakit demam semata nak menanggung anak dalam perut sampai 9 bulan. Sanggup abaikan bentuk badan semata-mata mengandungkan anak kita.

Hargailah isteri bila masih ada kesempatan. Kehilangan itu terasa sangat bila mereka dah takde kat sebelah kita nanti.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge