Isteri suka bila suami guna minyak wangi

sayang-isteri

Betul, aku tak tipu. Isteri memang suka sangat kalau laki dia pakai minyak wangi. Tak kisah lah pakai dalam rumah ke ataupun pakai time nak keluar rumah.

Yang penting kalau kau pakai dia mesti happy gila. Benda ini aku baru experience, bila aku cuba-cuba pakai minyak wangi lebih kerap daripada biasa sebelum ini.

Sembur minyak wangi selepas mandi

Maksudnya sebelum ini aku memang pakai juga minyak wangi kat rumah, tapi takdelah selalu sangat. Kadang sebulan sekali baru nak pakai. Itupun sebab…. Sebab nak pakai lah,

Sebab apa lagi kan. Haha. Tapi aku cuba praktikkan pakai minyak wangi ini setiap kali lepas mandi. Maksudnya pakai hari-hari lah. Tak kira dalam rumah pun pakai juga.

Isteri dah mula perasan sesuatu

Isteri aku mula tak syak apa-apa. Tapi bila dia dah mula perasan, dia pun tanya aku, kenapa suka pakai minyak wangi dah sekarang ini. Kat rumah pakai, keluar pun pakai.

Aku tanya lah balik, kenapa awak tak suka ke bila saya selalu pakai? Dia cakap takdelah, cuma bila selalu pakai ini rasa lagi selesa pula bila duduk dalam rumah ini.

Seronok bila isteri puji

Rasa macam ada ketenangan yang lain daripada yang lain. Lepas itu dia cakap lagi nampak aku ini lagi makin handsome daripada biasa. Amboih, selama ini tak handsome ke hahaha.

Betul ini, dia kata dia ikhlas puji. Teruskan hari-hari wangi macam ini. Siap pesan lagi, kalau nak beli minyak wangi ajak dia. Nanti dia nak pilih kan satu yang sesuai untuk aku.

Berusaha jadi suami yang terbaik untuk isteri

Wah, kita apa lagi. Memang kembang kempis lah kena puji dengan isteri sendiri. Boleh rasa semangat kelakian tu makin lama makin tinggi. Ini yang buatkan bertambah sayang kat isteri.

Apa-apapun terima kasih lah sebab sudi terima saya untuk jadi pemimpin dalam hidup awak. Saya pastikan setiap hari saya akan usaha untuk jadi seorang suami yang baik untuk awak.

Sayang awak.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge