Kalau nak diceritakan satu-satu kisah silam kita semua, aku yakin mesti pakat ramai-ramai menangis mengenangkan kesusahan yang pernah dialami satu masa dulu. Kepedihan dia tak boleh nak diluahkan dengan kata-kata.
Sakit perit menanggung segala macam dugaan dan ujian. Ada kalanya datang terasa berat sangat nak dipikul dan adakalanya datang menyesakkan nafas. Tak tahu nak dibuat apa lagi untuk selesaikan masalah yang sedang dihadapi.
Campur tangan orang luar beratkan lagi keadaan
Lebih buatkan keadaan lagi bertambah haru bila mana kita cuba nak uruskan setiap problem itu satu persatu tapi tak berjaya juga. Sampai satu tahap rasa macam nak lari saja daripada kehidupan yang kita rasakan kejam ini.
Tambah besar bila masalah itu dijadikan bahan ejekan dan cacian oleh orang yang tak tahu menahu hujung pangkal. Sesuka hati membatu apikan lagi keadaan sampaikan hal yang kecil bertambah-tambah besar. Kurang ajar betul.
Menyendiri menilik nasib apakah lagi yang bakal dihadap
Dengan membawa hati yang sedang berduka lara ini lah kita merenung nasib dan cuba untuk memperbaiki segala keadaan. Melihat masih adakah ruang dan harapan untuk bangkit daripada kegagalan hidup yang tak pernah dibayangkan langsung sebelum ini.
Berbekalkan sedikit ihsan dan simpati terhadap diri sendiri, dengan motivasi yang sangat sedikit, cuba bangkit kembali meneruskan sisa baki perjuangan. Menaruh prasangka bahawasanya akan ada sinar mentari juga nanti selepas hitamnya hujan yang kelam.
Berbekalkan sisa harapan yang masih ada, bangkit semula
Makin hari keadaan semakin baik. Kisah-kisah lama dijadikan sebagai pembakar semangat untuk lebih melangkah kehadapan. Segala macam fikiran yang negatif dibuang jauh-jauh. Konsisten setiap hari melakukan perkara-perkara baik.
Bila mana kita masih berpegang pada sisa harapan yang masih ada, tengok lah sekarang ini di mana kita sudah berada. Kita boleh bangkit berdiri dalam keadaan yang lebih kuat tanpa perlu takut dengan apa yang akan datang lagi.
Konsisten melakukan kebaikan, pasti berjaya
Sebab kita dah melalui fasa-fasa kesusahan. Kita dah tak takut dengan apa yang akan datang sebab kita tahu ALLAH SWT sentiasa ada bersama dengan kita. Kepada Dia sahaja kita memohon ampun dan pertolongan yang terbaik.
Kepada mereka yang masih terus mengata, terima kasih. Kerana kutukan kalian lah yang jadikan diri kuat ketika ini. Semoga kita semua dibukakan pintu hati selalu dalam menilai mana yang baik dan buruk. Ingatlah, setiap apa yang kita lakukan pasti dapat balasan di akhirat nanti.
Betapa besarnya erti sebuah pengorbanan, kerana ianya akan jadi penentu kepada kejayaan hidup di dunia dan hidup di akhirat kelak. Berjuanglah!
Artikel menarik untuk anda:
Ujian akan sentiasa ada bersama dalam hidup
Manusia sentiasa diuji dengan macam-macam dugaan. Sama ada bersedia ataupun tak bersedia. Ujian tu datang dalam macam-macam bentuk dan keadaan. Ada yang…... Baca selanjutnya »
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan dengan bulan Syawal bulan mulia penuh rahmat. Masih lagi diberi kesempatan merasai suasana berhari raya…... Baca selanjutnya »
SEMANGAT JITU
Melihatkan wajah anak-anak, sentiasa buatkan aku berazam bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik demi mereka. Sejak dari mereka lahir, hinggalah mereka membesar seperti…... Baca selanjutnya »
Jangan terlepas jadikan isteri kalau wanita ada 3 ciri ini
Masa mula-mula jumpa, biasanya pasangan mesti malu-malu nak tunjuk perangai yang sebenar. Baru kenal lah katakan. Kita pun mestilah nak bagi first…... Baca selanjutnya »
Minyak wangi sebagai pemikat hati suami
Menjadi seorang isteri yang solehah, mesti kena pandai pikat hati suami. Ada sesetengah isteri zaman sekarang ini kurang mengambil berat tentang hal…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions