Jaga hubungan dengan adik beradik selalu

sayang-adik-beradik

Aku sampai sekarang rasa bersyukur sangat-sangat dengan rezeki yang ALLAH SWT izinkan bagi ke aku. Tak tahu macam mana nak panjatkan rasa syukur yang teramat sangat atas rezeki yang diberi.

Sampaikan kadang aku menangis gembira sebab dalam setiap ujian yang ALLAH SWT bagi sebelum ini yang pernah aku alami, sentiasa ada jalan yang Dia permudahkan untuk aku sekeluarga.

air dicincang takkan putus

Ingat zaman susah

Cerita dia macam ini. Hari ini adik beradik aku datang kat rumah kitorang kat Semenyih ini. Dah lama dorang tak datang sini. Ana masakkan udang butter prawn dengan sayur semua lah.

Adik-adik aku pula bawak kan kitorang barang dapur. Dulu masa aku struggle dorang selalu juga bawak kan bahan-bahan. Terharu aku sekarang pun dorang masih buat rutin yang sama walaupun sepatutnya aku pula yang tolong dorang.

susah dan senang bersama

Suasana yang damai

Mama dengan papa takde hari ini sebab pergi bercuti ronda-ronda kat Terengganu, Kelantan, Pahang. Best nya mama papa bercuti. Ini masa tengah tulis ini aku bawa dorang mandi swimming pool kat apartment aku.

Memang seronok sangat dorang mandi. Aku sesambil tengah menulis ini aku perhatikan je. Tengok anak aku berenang, adik-adik aku bergelak ketawa, isteri aku layan mandi, si iman main berpusing-pusing dalam kolam.

kasih abadi sepanjang hayat

Sentiasa bayangkan apa yang kita nak

Benda ini aku pernah visualise sebelum ini. Masa tu aku duduk berpindah randah. Kejap rumah mama kejap rumah mak ana. Walaupun keadaan aku struggle masa itu, aku tetap impikan untuk beli rumah yang ada kolam renang.

Bila perkara yang berlaku itu jadi realiti aku memang terharu sangat. Tak tahu nak cakap macam mana perasaan itu. Orang yang pernah alami je yang boleh rasa. Berbunga-bunga je dalam hati. Rasa damai je hati dan tenang rasa.

saling melengkapi antara satu sama lain

Sentiasa lebih memberi

Apa-apa pun aku sangat bersyukur adanya adik beradik yang sentiasa tolong satu sama lain tak kira sama ada susah dan senang bersama. Bila kita sentiasa memberi, kita akan lebih mudah menerima. Rezeki akan jadi lebih smooth.

Sebab itu pentingnya untuk kita sentiasa upgrade diri dan daripada segi income ataupun pendapatan kena sentiasa ada improvement daripada masa ke masa. Supaya akan datang kita boleh sentiasa jadi orang yang memberi nilai tambah baik dalam kehidupan kita adik beradik.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge