Jangan buat 3 perkara ini bila nak gunakan minyak wangi

gunakan-minyak-wangi-ikut-sekadar-keperluan

Hari ini aku nak kongsikan sikit pengalaman aku sepanjang guna minyak wangi. Ramai orang suka pakai minyak wangi dan ramai orang yang suka orang lain pakai minyak wangi.

Tapi kadang-kadang kita tak sedar masa kita gunakan itu kita ada buat perkara-perkara yang tak sepatutnya kita buat. Kira kalau boleh janganlah buat 3 perkara ini bila pakai minyak wangi.

Jangan guna banyak sangat, sikit-sikit pun dah okay

Yang pertama jangan pakai minyak wangi ini terlampau banyak. Ramai orang bila guna kalau boleh macam nak tuang satu botol tu terus atas badan. Lebih baik siram satu badan. Haha.

Jangan buat macam itu. Bila guna banyak sangat minyak wangi, orang lain akan jadi sakit hidung dan tak selesa pula bila nak dekat dengan kita. Kuat sangat bau dia.

Jangan halakan terus dekat fabrik pakaian

Kedua kalau guna minyak wangi ini jangan spraykan direct dekat baju. Kalau kata baju tu baju yang memang kita pakai harian memang takde masalah. Boleh lanyak je.

Tapi andai kata baju tu baju mahal, beli sehelai sampai beratus ringgit, lebih baik spray kan minyak wangi tu dekat badan je. Aroma baju tu pun lebih tahan lama dan tak rosakkan fabrik baju.

Cuba dulu baru beli

Yang ketiga kalau nak guna minyak wangi ini janganlah masa beli tu terus beli macam tu je. Tengok review orang dekat internet lepas tu beli taknak cuba kat diri sendiri dulu.

Minyak wangi ni kena pandai cari yang serasi dengan kita. Boleh minta orang yang jual tu spray kan sikit kat bahagian nadi tangan. Lepas itu balik rumah dulu dan tengok sesuai tak minyak wangi tu dengan badan kita. Kalau dah rasa sesuai esok tu baru datang balik beli.

Ambil kira pandangan orang lain

Ada sesetengah orang memang tak tau nak beli dan kalau dah beli tak tau macam mana cara nak guna. Ini aku sharekan kalau ada bahagian mana yang rasa sesuai boleh lah follow.

Yang penting bila beli puas hati dan orang yang paling terdekat dengan kita, contoh pasangan kita pun puas hati dan suka dengan bau minyak wangi yang kita pakai.

Bukan apa, pasangan kita tu hari-hari ada dengan kita. Jangan abaikan pandangan dia pula ya.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge