Jangan dikejar kejayaan, sampai sanggup buat perkara yang dilarang dalam agama

fikir-masak-masak

Rasanya dah lama aku tak tengok video keagamaan ni. Tadi masa tengah tunggu wife beli barang kat Mr DIY aku pun layan satu video daripada Ustaz Don Daniyal dalam kereta. Rasanya kebanyakan kita semua memang dah kenal ustaz daripada video-video beliau sebelum ni.

Aku tertarik dengan ada satu ayat yang ustaz bagitau untuk kita semua. Pesanan ni buatkan orang bisnes macam aku memang terasa sangat. Yelah, kita ni manusia yang lalai. Takkan pernah tak buat kesilapan. Mustahil.

fikirkan dalam-dalam kesan serta akibat sebelum melakukan sesuatu perkara

Usaha sungguh-sungguh, kejayaan akan datang sendiri

Apa yang ustaz bagitau tadi, yang melekat dalam kepala aku sampai sekarang ni memang aku tak lupakan sampai bebila pun. Ustaz kata dalam hidup ni kita jangan kejarkan kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan, pangkat apa semua.

Paling penting kita kenalah buat sungguh sungguh sampai lah kita berjaya dapat target yang kita nak. Kita tak boleh nak kejarkan kejayaan, tapi kita kena buat betul-betul sampailah nanti kejayaan tu datang sendiri. Takde benda yang senang ustaz kata.

sentiasa perbaiki diri dan jadi orang yang lebih baik daripada semalam

Tiada jalan pintas untuk berjaya

Banyak orang yang tertipu nak jadi kaya cepat. Tapi dorang tak pernah faham apa tu proses. Bisnes takde orang buat hari ni esok terus sukses. Takde benda yang senang. Kita kena lalui kesusahan tu dulu baru lah kita akan jumpa kesenangan.

Bila kita kejarkan kejayaan tu, kita akan menipu dalam berniaga. Kita sanggup buat benda-benda yang dilarang dalam agama semata-mata untuk dapat capai target yang kita nak dalam masa yang cepat. Kita makan duit haram yang sepatutnya kita tak boleh ambil langsung.

tiada istilah terlambat untuk orang yang mahu berubah

Sebelum kesenangan, kena lalui kesusahan

Lagi tambah teruk bila kita guna duit tu untuk bagi makan anak-anak kita. Tak boleh buat macam tu. Sebab tu ustaz kata jangan dikejar cemerlang tu, takut nanti kita tertipu godaan syaitan nampak semua benda yang indah-indah je. Sedangkan taknak lalui benda yang susah tu dulu.

Masa last video tu ustaz ada bagitau lagi, dalam dunia ni mana ada benda yang senang. Takde jalan pintas untuk kita berjaya. Takde benda yang senang dalam hidup kita ini. Kita usaha sungguh-sungguh, buat betul-betul, sampai masa bila ALLAH SWT izinkan nak bagi, mesti Dia bagi.

Kita sebagai manusia, mesti kena percaya ni.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge