Jangan iri hati dengan kejayaan orang lain

house-modern-mansions-architecture-wallpaper-preview

Bila kita nampak orang lain berjaya, orang lain dapat beli rumah cantik, dapat beli kereta mewah, kita ni janganlah duk membawang apa yang orang tu dapat. Tak baik tau kita ada sifat macam ni. Sepatutnya kita kenalah happy dengan orang tu.

Bukan setakat happy sebab orang tu dapat beli apa yang dia nak, tapi happy dengan rezeki yang ALLAH SWT izinkan untuk nak bagi kat kawan kita tu lah. Sebab kita tau part dapat ni bukan benda yang kita boleh control, yang ni kuasa Tuhan.

Kita kenalah rasa seronok dan bangga bila kawan kita dapat beli apa yang dia nak sebab masa tu ALLAH SWT tengah turunkan rahmat dan kurniaan Dia untuk kawan kita tu. Kita kena sama-sama rasa syukur sebab ada kawan yang berjaya.

So daripada situ boleh lah jadikan kejayaan dia tu sebagai inspirasi untuk kita pun dapat juga apa yang kita nak. Barulah kita ada mentaliti yang baik dan nak usaha dengan sungguh-sungguh lagi. Buanglah sifat negatif yang ada tu.

Tak baik tau kalau kita cemburu dengan kejayaan kawan kita tu. Kita nampak apa yang dia dapat je, macam mana dia susah untuk dapatkan tu takde pula kita nak tengok. Ingat kejayaan tu boleh datang macam tu je ke? Mana boleh.

Sebab syarat untuk nak dapat kenalah berusaha dan kerja keras. Kalau kita rasa kita dah betul-betul kerja keras tapi tak dapat lagi apa yang kita nak, kita mestilah kena sabar. Sebab bahagian kita belum sampai lagi. Tuhan tu Maha Adil.

Dia melihat sekuat mana dan sesungguh mana kita berusaha. Kita buat je part kita, sebab part buat ni benda yang kita boleh control. Hasil tu mana boleh kita control, itu kerja Tuhan. Sampai masa Dia bagi, mesti Dia bagi. Bila tu janganlah tanya.

Macam mana dapat tu jangan tanya. Kita ni cuma manusia biasa. Yang penting kita kena percaya rezeki kita ni dah memang ditetapkan sejak belum lahir lagi. Syaitan suka kalau kita cemburu dengan kejayaan orang lain ni. Syaitan suka buat kita fikir benda yang tak baik je.

Berhati-hatilah dengan tipu daya syaitan.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge