Jangan kelabu mata menuai hasil

duit

Sepanjang aku berniaga nak dekat dua belas tahun, ada banyak fasa naik turun yang aku alami. Biasanya bila niaga ini kita takkan terlepas dengan ujian yang datang tak kira masa. Bila barang tak laku itu ujian, bila laku pun ujian juga.

Pengalaman yang kita dapat masa niaga ini lah yang akan mengajar kita macam mana nak handle bila situasi yang kita tak jangka jadi. Semua orang lalui kisah yang berbeza-beza. Aku ada kisah aku, kalian pun dah tentu ada kisah sendiri.

ramai yang tertipu dengan godaan hasil

Hasil datang dari jalan tak disangka-sangka

Dalam masa sama, aku sendiri banyak melihat kejayaan dan kegemilangan empayar perniagaan yang diusahakan oleh individu tertentu. Dah tentu zaman itu memang zaman buat duit sungguh. Setiap malam jualan masuk tak henti-henti.

Sampaikan ada satu peristiwa yang diceritakan kepada aku, duit niaga untuk hari itu sahaja memerlukan sampai 4 orang mengira daripada start tutup niaga pukul 4 pagi sampailah hari dah terang dalam pukul 8 pagi. Banyak betul duit itu.

kita tak tahu apa yang akan terjadi

Ujian turun sekelip mata

Dan ada juga kejadian sadis yang pernah berlaku buatkan kami semua takkan lupakan sampai bila-bila. Ada seorang peniaga itu sedang mengemas barang dengan memenuhkan barang di dalam lori untuk dibawa ke tapak jualan karnival.

Sudah tentu muatan barang itu banyak. Hari nak bertolak, nasib nak jadi lori itu hilang dicuri orang. Bayangkan barang jualan beratus ribu ada dalam lori lenyap sekelip mata. Yang lebih tragis barang itu belum pun lagi dibayar penuh, masih berbaki hutang.

berani berdepan dengan segala ujian

Siapa kawan siapa lawan

Allahu tak terkata apa. Nak menepuk dahi pun tak guna. Nak tak nak hutang barang tetap kena langsaikan dengan pemborong. Bukan sikit duit berpuluh ribu juga yang perlu diganti semula. Bagi peniaga pasar malam, nilai sebegitu sangat banyak untuk dilunaskan semua.

Perlukan berapa tahun baru boleh bayar semula. Lori juga perlu diuruskan baki pinjaman yang masih tinggal. Masa ini semua teman-teman mula menjauhkan diri. Dulunya memandang tinggi sekarang semua lari mengelak untuk jumpa.

setiap perkara yang berlaku mesti bersebab

Manusia sentiasa diuji

Begitulah sedikit kisah yang terjadi dalam dunia perniagaan. Ada banyak lagi mungkin yang tidak pernah diceritakan. Rezeki dalam berniaga ini tak siapa yang tahu. Sebab itu bila berniaga kita kena sentiasa merendah diri dan berpijak di bumi nyata.

Kita sebagai manusia biasa takkan pernah terlepas dengan godaan syaitan laknatullah yang direjam. Mereka ini sentiasa mencari peluang untuk memesong kan akidah dan suka membuatkan kita berfikir tentang perkara tak baik setiap masa.

Macam saya bagitau di awal tadi, bila tak dapat hasil yang kita nak itu ujian, bila dapat pun ujian juga. Fikirkan.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge