Jangan lepaskan peluang andai ada kesempatan

now-or-never

Macam aku sebelum ini, kalau nak mulakan satu-satu perkara memang aku takut-takut. Banyak perkara yang ada dalam fikiran aku. Jadi ke tak jadi nanti, fuh mencabar betul.

Tapi dalam masa yang sama, perasaan nak cuba itu memang ada juga. Cuma tinggal lagi nak dapatkan sikit kekuatan je untuk aku mulakan nak buat. Memang cuak habis weyh. Ketar lutut.

masa takkan menunggu kita

Semua melalui proses yang sama

Tapi bila aku dah decide untuk nak buat betul-betul, aku akan belajar dan aku aku konsisten buat sampai dapat. Mungkin aku ini jenis lambat pick up sikit, tapi nak buat macam mana kan? Tu memang diri aku haha.

Dalam keadaan lambat pick up tu pun sebenarnya, sedar tak sedar aku dah mahir dalam certain perkara. Betul lah orang cakap, kita tak payah tunggu power untuk mulakan sesuatu.

pilihan terletak pada diri sendiri

Faham dan bertindak

Kita buat je dulu, nanti lama-lama kita akan mahir sendiri. Tanpa kita sedar. Basically proses ke arah menjadi tu dengan buat je, belajar tapi takde tindakan pun tak boleh pergi mana juga.

So, bila dapat satu-satu peluang tu, ambil je dulu. Buat je, jangan tangguh-tangguh. Bila dah buat nanti baru akan nampak macam mana flow dia boleh jadi, dah boleh bayangkan.

Bila kita dah visualise dapat, insha ALLAH mesti dapat.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge