aku dulu memang seorang yang pemalu sangat. dia punya tahap malu tu kalau cakap dengan orang pun aku taknak pandang muka. tunduk je tengok bawah. memang aku ini jenis orang yang macam itu. susah betul kalau nak berdepan dengan orang.
bila jadi macam ini jujur aku cakap, memang tak seronok aku dibuatnya. bayangkanlah nak buat apa-apa pun aku malu. ini jenis sampai nak order makanan pun tak berani. apa lagi nak suruh aku beratur beli kfc ke mcd ke memang tak lah.
Struggle is real
bila dah masuk alam niaga, aku still terbawa-bawa benda ini tau. aku jadi seorang yang takut nak explore apa je benda baru yang ada depan mata. tak berani nak ambil risiko dan duduk diam-diam dalam tempurung yang takde lah selesa sangat pun.
tiap-tiap bulan struggle juga walaupun ada time yang niaga okay. aku punya result itu macam tersekat kat situ je. dia macam tak boleh nak pergi dah. masa itu kalau orang tanya macam mana business ini nanti boleh berkembang, aku pun tak tau.
Buat saja, jangan banyak fikir
sampailah aku masuk dalam bidang sales sekarang ini, mula-mula sekali aku nak kena pecahkan barrier ataupun penghalang yang duk tahan aku sebelum ini. nak masuk dunia sales itupun dah cukup besar tindakan yang aku kena buat terutama demi ubah kehidupan aku.
dalam keadaan aku tak tau apa nak kena buat, aku bergantung sepenuh harapan dengan kawan aku yang bawa aku masuk dalam dunia sales ini. pelan-pelan aku belajar, malu macam mana pun aku lawan juga. hari-hari aku mengadap buat benda yang sama je.
Setiap manusia boleh berubah
sampai lah aku sekarang ini dah nak masuk 2 tahun, ada banyak perubahan yang aku dah rasakan dalam hidup. bukan setakat aku dah lebih yakin untuk bercakap dengan orang yang tak kenal, aku pun dah boleh bercakap di hadapan khalayak ramai. berkongsi pendapat dengan semua orang.
ini memang perubahan yang aku tak jangka akan jadi dengan diri aku. masa ini barulah aku betul-betul yakin yang setiap manusia itu boleh berubah kepada yang lebih baik. bila aku rasa sendiri pengalaman itu memang aku boleh ceritakan nanti untuk jadi inspirasi kat orang lain.
Tiada apa yang mustahil atas izin Nya
takde apa yang mustahil bila kita betul-betul nak sesuatu.macam aku dulu memang nak sangat, teringin nak beli rumah atas nama aku sendiri. so susah macam mana pun aku anggap benda itu sementara je.
aku layan je buat lama-lama, dengan direction yang betul, support system yang padu dan doa yang tak putus-putus, alhamdulillah ALLAH SWT izinkan juga aku beli rumah pertama aku. takde benda yang mustahil.
sama ada kita nak, atau betul-betul nak?
Artikel menarik untuk anda:
Jangan takut untuk mulakan perkara baru
Aku sebelum ini memang jenis orang yang takde keyakinan diri. Nak buat apa-apa mesti takut-takut. Sampai sekarang ini pun aku tak hilang…... Baca selanjutnya »
APA NAK BUAT KALAU ISTERI MARAH
Aku tahu bro. Aku ini pun laki orang juga. Biasa lah itu kalau isteri kau tetiba merajuk dengan kau dan marah tak…... Baca selanjutnya »
HABISLAH KALAU ADA KERETA TERBANG
Tak sangka pula, sampai banyak macam tu sekali sampah yang ditinggalkan masa sambutan ambang tahun baru 2 hari lepas. Bukan main penuh…... Baca selanjutnya »
Jangan terlepas jadikan isteri kalau wanita ada 3 ciri ini
Masa mula-mula jumpa, biasanya pasangan mesti malu-malu nak tunjuk perangai yang sebenar. Baru kenal lah katakan. Kita pun mestilah nak bagi first…... Baca selanjutnya »
Jangan mudah tertipu dengan kejayaan orang lain
Setiap hari, akan ada kisah-kisah kejayaan yang kita dengar. Secara tak sedar, kita pun jadi bertambah semangat untuk capai impian yang kita…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions