Jangan mudah tertipu dengan kejayaan orang lain

menilai-dari-luar

Setiap hari, akan ada kisah-kisah kejayaan yang kita dengar. Secara tak sedar, kita pun jadi bertambah semangat untuk capai impian yang kita nak. Semua orang tentu ada satu-satu matlamat ataupun tujuan yang dimahukan dalam hidup disebabkan kesusahan yang dialami satu ketika dulu.

Berazam untuk taknak kembali ke zaman yang lepas. Perlu kita ingat, setiap masa kita pasti akan diuji. Senang pun ujian, susah pun ujian. Jadi sentiasa bersyukur dengan apa saja yang kita miliki waktu ketika ini. Perkara macam ini kita kena jelas. Kalau tak kita akan rasa apa yang kita dapat sekarang ini tak cukup.

jadikan kejayaan orang lain sebagai pembakar semangat untuk kerja lagi kuat

Syaitan sentiasa mahu menyesatkan manusia

Bahayanya bila kita ada perasaan macam ini sebab syaitan mudah untuk pasang perangkap dan menyesatkan pemikiran kita. Waktu ini lah kita akan timbul perasaan tamak dan pandangan kita dikaburkan dengan kesenangan duniawi yang melalaikan. Keseronokan yang sementara.

Bila timbul perkara macam ini, kita akan cepat kelabu mata. Apa yang lebih teruk bila mana kita menghalalkan segala cara untuk pastikan apa yang kita mahukan tercapai. Hilangnya keberkatan dalam mencari nafkah dan sumber rezeki bila kita campur adukkan perkara yang halal dan haram. Allah sentiasa menilai perbuatan kita.

sentiasa belajar memperbaiki diri

Bimbingan dan tunjuk ajar guru

Kebiasannya kita sebagai manusia biasa ini, mahu atau tidak, kita takkan boleh uruskan semua benda dalam satu masa. Kita perlukan pembimbing yang boleh menilai dari sudut pandang lain dan menegur jika kita ada melakukan kesilapan tak kira sama ada secara kita sedar ataupun tak sedar.

Kadang-kadang kita rasa apa yang kita buat itu betul, tapi sebenarnya salah. Kita banyak melanggar suruhan agama dalam melakukan satu-satu pekerjaan. Apa yang lebih teruk bila mana kita sendiri tahu perkara yang kita buat itu salah, tapi dalam masa kita dah tak takut nak buat sebab dah terbiasa.

jangan iri hati dengan hasil yang orang lain terima

Melakukan pekerjaan yang dilarang

Carilah orang yang lebih berpengalaman yang boleh bagi didikan, tunjuk ajar dan sentiasa mahu bantu kita dalam memberi kata-kata nasihat dan pedoman supaya kita tak hanyut dalam keseronokan mengejar kebendaan. Betul, bila kita ada duit semuanya jadi mudah. Boleh bersedekah dengan lebih banyak.

Boleh bantu mak ayah di kampung, boleh kongsi rezeki dengan adik beradik. Boleh beli kereta mewah, rumah besar yang cantik dan tersergam indah. Tapi apa guna semua itu bila hasil yang kita peroleh datangnya daripada kerja-kerja menipu dan menganiaya orang lemah yang tak tahu apa-apa. Penindasan yang tak bermoral.

jadilah seorang yang berjaya di dunia dan akhirat

Sentiasa bersangka baik dengan apa yang kita dapat

Ciptalah kejayaan-kejayaan yang boleh dijadikan contoh tauladan baik kepada orang lain. Sentiasa jaga nama baik keluarga dan berfikir masak-masak sebelum buat satu perkara. Usah terburu-buru apabila kita melihat kejayaan orang lain lebih-lebih lagi hasil yang mereka perolehi itu dalam masa yang singkat.

Kita hanya nampak apa yang Allah beri pada dia sedangkan kita tak nampak apa yang Allah dah tarik daripada dia. Jangan banding-bandingkan hasil yang orang lain dapat dengan apa yang kita dapat. Semua orang sudah ditetapkan rezeki masing-masing. Cuba semak balik sejauh mana kita dah berusaha.

Perbaiki mana yang kurang,

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge