Jangan perkecilkan kebolehan diri sendiri

digital-art-radiohead-wallpaper-preview

Bila dapat peluang, lebih-lebih lagi peluang untuk dapatkan income tambahan, sebaiknya jangan lah tolak mentah-mentah. Cubalah dengar dulu tentang bisnes yang orang dah jemput tu. Cuba bagi peluang kat diri sendiri.

Sebab kita tak tahu lagi, potensi diri kita sendiri bila kita dah buat bisnes tu. Aku dulu salah seorang yang jenis suka tolak-tolak ni semua. Dan keputusan aku untuk join bisnes yang aku buat sekarang ni taklah mudah.

Selepas 2 tahun kawan aku approach dulu, barulah aku decide untuk nak buat sesama. Itupun sebab aku dah tersepit dengan kehidupan aku yang struggle. Entahlah macam mana aku boleh bertahan dalam keadaan aku tak sedar.

Tak sedar yang aku tengah bahayakan semua orang yang ada bawah tanggungjawab aku, mak ayah aku, isteri anak-anak aku, adik beradik aku semua. Alhamdulillah aku bersyukur dengan sahabatku Amit sedarkan aku yang dunia ni bukan untuk aku fikir tentang diri aku je.

Ada orang lain yang lebih penting yang perlukan aku. Macam mana aku nak bantu orang lain dalam keadaan aku tak boleh nak bantu diri aku sendiri pun. Itu yang betul bukakan mata aku. Ahhh, lagi satu tentang impian yang aku nak.

Itupun salah satu perkara yang aku mahukan dalam hidup aku. Dulu masa aku mula-mula masuk bisnes, impian aku adalah untuk dapatkan apa yang aku nak tapi sekarang ni dah berubah. Impian aku adalah untuk nak bantu orang lain berjaya dapatkan impian mereka.

Itu lebih baik. Semoga dipermudahkan. Amin ya rabb.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge