Jangan pernah sakiti hati ibu bapa

Sentiasa-renung-kesilapan-diri

Kadang-kadang aku ini suka merenung. Aku suka flashback balik kehidupan aku yang lama. Bukanlah maksudnya aku masih tak boleh move on dengan life aku sendiri. Cuma aku suka jadikan apa saja perkara yang pernah berlaku dalam kehidupan aku yang dulu untuk aku jadikan pengajaran supaya aku tak lalai dengan masa depan.

Bunyi memang dengar macam seorang yang losser sangat kan? Tapi boleh kata macam tu lah hakikatnya lebih kurang. Aku dulu bukanlah seorang yang baik dan takde pendirian tetap. Boleh dikatakan agak malas juga lah dan selalu mengharapkan bantuan daripada mak bapa, adik beradik dan kawan-kawan yang terdekat dengan aku.

Pentingkan diri sendiri

Bukan nak kata aku ini takde buat apa-apa. Aku ada kerja. Aku berniaga. Takdelah aku melepet je duduk kat rumah. Tapi aku macam tersekat duduk dalam comfort zone aku. Kalau pepatah Melayu kata tu macam katak kat bawah tempurung. Aku suka buat hal aku sendiri je. Aku tak pernah nak hiraukan pasal orang lain ataupun sesiapa.

Kerja aku sambil buka jaga kedai, aku main game, tengok movie, layan lagu sampai berjam-jam lama pun aku tak kisah. Macam tu lah kehidupan aku berlaku selama hampir sepuluh tahun. Aku jadi macam orang yang takde masa depan dan tak boleh nak tentukan aku nak jadi apa pun masa akan datang. Aku ingatkan masa bujang je aku macam tu, rupanya tak.

Makin lama makin teruk

Bila dah kahwin aku still terbawa-bawa dengan perangai aku yang lama tu. Mulanya isteri memang rasa tak kisah sangat. Lama-lama benda ini effect kat income aku. Bisnes makin tak menjadi. Barang tak laku, susah nak dapat stock. Lepas tu supplier mark up harga mahal gila. Barang laku tapi untung tak banyak. Sebab overhead makin tinggi. Tu yang jadi kat aku.

Bila anak aku yang sulung lahir, makin bertambah komitmen yang aku nak kena tanggung. Hidup aku lagi tambah celaru. Aku dah tak tau nak buat apa lagi dah. Masa tu lah aku rasakan ujian yang berat tengah menimpa atas kepala aku. Ada banyak kejadian yang aku tak ingin jadi tapi biarlah aku simpan sebagai pedoman untuk aku. Tapi bila semua perkara tu dah di blend kan, aku cakap kat diri sendiri macam mana pun aku kena berubah juga.

Mula sedar diri

Aku tak boleh biarkan benda ini jadi lagi teruk. Kalau dibiarkan lagi lama, silap-silap isteri aku pun lari tinggalkan aku. Aku nekad untuk ubah kehidupan aku. Aku mula jaga solat balik. Lepas tu aku banyak berdoa minta Allah SWT permudahkan hidup aku. Kadang perkara yang besar kita selalu jaga, tapi kita ambil ringan dekat satu bahagian ini.

Kita selalu sambil lewa dalam menjaga hubungan antara ibu dan ayah kita. Aku minta maaf dengan mama papa. Aku bagitau mama papa kalau aku ada buat salah aku minta maaf. Kita tak tau sama ada mak ayah kita ini ada terasa hati dengan kita ke tak. Ibu bapa memang takkan bagitau. Bila kita korek balik barulah dorang akan cakap.

Akui kesilapan

Alhamdulillah, mama ampunkan salah dan silap yang aku dah buat selama ini. Hari makin hari, kehidupan aku mula bertambah baik. Allah permudahkan semua urusan yang aku lakukan. Kadang ada juga ujian-ujian kecil yang aku kena hadap, tapi aku diberi kekuatan untuk handle apa saja yang cuba datang untuk jatuhkan balik aku. Aku jadi lebih matang dalam menilai mana yang baik dan buruk.

So satu aku nak pesan, macam mana baik pun kita jaga hubungan dengan orang yang kita tak kenal, kita kena lebih kerap ataupun selalu ambil hati orang tua kita. Sebab syurga kita kat bawah telapak kaki ibu. Jangan sekali-kali tinggikan suara dan patuh dengan apa saja nasihat yang telah diberikan. Doa ibu bapa ini pasti makbul. Jangan sakitkan hati mereka. Semoga Allah sentiasa jaga keluarga kita baik-baik saja.

Amin ya rabb.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge