Jangan puji perempuan lain depan isteri

kekasih-dunia-akhirat

Setiap manusia yang lahir ke dunia ini ada kelebihan dan ada kekurangan dalam diri masing-masing. Kita hidup berpasangan dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Bagi aku, kecantikan itu sesuatu yang subjektif. Lain orang lain cara memandang. Bagi seorang suami, melihat isteri sendiri sudah tentu dapat memberi rasa ketenangan dan keredupan dalam hati.

isteri itu untuk dihargai bukan dibanding

Memuja perempuan lain tanpa fikir perasaan isteri

Ada sesetengah suami, tak tahu apa yang mereka fikir, suka membanding-bandingkan isteri mereka dengan orang lain. Sedangkan isterinya itulah yang diagung-agungkan semasa belum berkahwin dulu.

Beza selepas kahwin, pandangan pula senang terkalih melihat perempuan lain. Ada yang secara terang-terang memuji kecantikan perempuan yang mereka nampak tak kira depan mata ataupun dalam telefon.

isteri adalah yang terbaik untuk suami

Isteri sendiri diabaikan

Bayangkan betapa hancurnya perasaan hati seorang isteri bila suami kesayangan memuji-memuji kecantikan tubuh badan perempuan yang menggiurkan dan memberahikan. Melihat dengan pandangan mata syahwat.

Sedangkan isteri sendiri dibiarkan, tidak dijaga kebajikan. Bahkan pencuci muka isteri pun tidak dibelikan. Jangan kan nak dibawa ke pusat rawatan kecantikan, malah duit belanja pun tidak dibagi.

penyejuk hati dikala sedang berduka

Berbelanja bukannya berkira

Patutkah seorang suami memperlakukan sebegitu kepada isterinya sendiri. Tak salah pun melaburkan sedikit wang ringgit untuk memastikan kesihatan dan kecantikan diri sentiasa terjaga.

Sebenarnya itu dah memang jadi tanggungjawab seorang suami. Berdosa kalau ambil ringan tentang kebajikan isteri ini. Sedangkan isterilah yang sentiasa ada bersama di waktu kita susah dulu. Sentiasa berada di sisi kita.

kasih sayang hingga ke syurga

Meniti hari tua bersama-sama

Seorang suami suka melihat perempuan cantik tapi tak mahu keluarkan duit untuk jadikan isteri mereka cantik. Percayalah, kecantikan, rupa paras tidak akan berkekalan selama-lamanya.

Apa yang paling penting, di masa tua nanti masih ada isteri yang sudi menemani kita, meniti hari-hari emas bersama dan bercerita tentang kenangan indah yang sentiasa terpahat dalam diri.

Hinggalah sampai masa mata tertutup, nafas tidak lagi ke udara.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge