setiap manusia tu mesti akan lalui fasa susah dalam hidup dia. kan ke hidup kita ini ibarat roda. kadang kat atas kadang kat bawah. kita tak boleh nak jangka pun masa bila kita akan naik. dan kita tak boleh jangka masa bila kita akan turun.
kehidupan kita atas muka bumi ini memang sangat misteri. takde siapa yang tau apa akan jadi masa akan datang. cuma kita disuruh untuk sentiasa melakukan kebaikan dan tinggalkan perkara yang dilarang andai kata kita nak berjaya di dunia dan akhirat.
dalam hidup kita sentiasa diberi pilihan. sama ada nak pilih yang baik atau jahat. nak pilih yang betul atau salah. nak pilih susah ataupun senang. semuanya bergantung atas tindakan yang diri kita sendiri tentukan. kita sendiri yang decide nak macam mana.
Pilihan sentiasa ada di tangan
kadang sampai satu tahap tu tak tau nak nak pilih yang mana satu. masa itu yang paling penting sekali kita kena yakin dengan apa saja pilihan yang dah dibuat. tak kisah lah sama ada berjaya atau tak berjaya. mesti jadi konflik yang besar dalam diri.
bila sampai waktu macam ini aku teringat pesan sifu aku dalam bidang perniagaan. kata beliau bila sesuatu perkara yang kita rancang tu berhasil, kita kena ucapkan alhamdulillah. kalau kata rancangan tu tak berhasil kena ucap 2 kali alhamdulillah.
aku tanya, sebab apa cikgu? beliau bagitau yang sebenarnya rancangan Allah SWT itu mesti lagi baik. andai kita nak sesuatu perkara tu tak dapat, maknanya ada perkara yang lebih baik yang Tuhan dah sediakan untuk kita. macam mana nak percaya dengan semua ini?
Bersyukur dengan sekecil-kecil pemberian
benda ini kita akan percaya bila mana kita belajar untuk bersyukur dengan apa sahaja pemberian yang dah dibagi. kadang kita terlalu nakkan perkara yang kita belum dapat, sedangkan setiap hari Allah SWT bagi apa sahaja nikmat yang kita perlu.
boleh makan dengan keluarga, itu nikmat. boleh bangun pagi dalam keadaan sihat, itu nikmat. boleh beribadah kepadaNya, itu juga satu nikmat. bukan semua orang dapat kesempatan macam apa yang kita dah dapat sekarang.
Teruskan berjuang melawan kekurangan diri
jadi mula hari ini, stop complain dengan benda yang belum lagi jadi kita punya. belajar bersyukur dengan apa sahaja walau sekecil-kecil pemberian. Allah SWT dah berjanji dalam Al-Quran. aku sentiasa ingat betul-betul dengan hati.
bila mana kita bersyukur, pasti Dia akan tambakan lagi rezeki dalam keadaan yang kita tak sangka-sangka. jangan pernah putus harapan, sentiasa ingat yang Tuhan selalu ada dalam hati. semoga terus kuat untuk melawan kelemahan dan kekurangan yang ada dalam diri.
Artikel menarik untuk anda:
Suami yang selalu belanja isteri insha Allah sentiasa di murahkan rezeki
Aku memang setuju dengan statement ni. Aku tak tau kalau ada yang tak bersetuju. Bagi aku, tak salah pun kalau kita selalu…... Baca selanjutnya »
Bersyukur dengan apa sahaja pemberian yang telah diberi
Rezeki ini takkan pernah cukup selagi kita tak bersyukur. Itu dah memang sifat manusia. Susah betul nak rasa puas hati dengan apa…... Baca selanjutnya »
Boleh saya kenal dengan awak?
Awak tadi saya nampak gambar awak dengan kawan saya dekat Instagram. Terus buat saya rasa macam nak berkenalan dengan awak. Tapi saya…... Baca selanjutnya »
Jangan sibuk dengan kerja sampai anak terabai
Seminggu ini aku dapat rasa hari aku sibuk sangat. Company tempat aku meniaga ni bagitau yang kitorang ada 2 hari closing dalam…... Baca selanjutnya »
Kau yang dulu bukanlah yang sekarang
Kenapa awak sanggup buat saya macam ini? Awak kata awak sayang saya. Awak kata awak cintakan saya. Tapi kenapa awak berubah? Sedangkan…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions