Jangan sibuk dengan kerja sampai anak terabai

sibuk-kerja-siang-malam

Seminggu ini aku dapat rasa hari aku sibuk sangat. Company tempat aku meniaga ni bagitau yang kitorang ada 2 hari closing dalam minggu ini.

So aku kena capai target yang aku sendiri tetapkan dalam hari yang sangat singkat.

Sebenarnya untuk yang pandai uruskan masa dengan betul takde masalah nak selesaikan tugasan dorang.

Aku jadi kelam kabut sikit sebab dah memang sejenis buat kerja lambat. Agak kelam kabut juga tapi alhamdulillah berjaya juga capai.

Tak urus masa baik-baik, semua jadi terkejar-kejar

Jadi selama seminggu ini aku memang siang malam fokus dengan kerja.

Anak-anak pun aku tak tengok sangat. Pagi aku hantar dorang.

Abang pergi sekolah adik pergi rumah ibu pengasuh. Sampai ofis aku fokus buat kerja follow up.

Balik ofis petang aku ambil dorang dan terus balik rumah.

Lepas je solat maghrib, aku terus kunci pintu dan buat kerja dalam bilik kerja aku kat rumah.

Kira ofis private aku lah. Sampai lah lewat pagi baru selesai. Dorang semua dah tidur.

Pengorbanan semata masa depan anak-anak

Macam itu lah aku bila tengah fokus. Terpaksa korbankan masa dengan anak-anak sekejap. Tak lama pun.

Sebab tu aku salute orang yang kerja luar negara sampai berbulan-bulan tak balik.

Aku boleh rasakan perasaan rindu dengan anak-anak itu macam mana.

Hari ini Sabtu kerja aku semua dah selesai. Closing untuk bulan ni dah settle.

Sekarang nak fokus untuk bulan Mac pula. Jadi aku bawa dorang pergi taman kat klcc.

Seronok dorang dapat main kat playground. Mesti dorang pun boring seminggu kena hantar ke sekolah dan pengasuh.

Perasaan sebagai seorang ayah

Tengok tadi dorang berlari, aku puas senyum sorang-sorang.

Biasanya dorang nak mandi sekali kat kolam klcc tu tapi kali ini senang dah nak pujuk tak payah mandi tak macam dulu-dulu.

Mungkin sejak duduk rumah ada kolam renang tu dorang dah tak pelik sangat dah.

Apa apa pun kerja sibuk macam mana tanggungjawab sebagai orang penting dalam rumah tangga jangan sekali-kali abaikan.

Kena pandai bahagikan tugas yang mana satu important mana satu urgent. Semua orang ada masa 24 jam takde yang terlebih terkurang.

Gagal merancang, merancang kegagalan

Gunakan masa sebaik-baiknya. Percayalah, kalau tak pandai urus masa memang kehidupan ini akan jadi berterabur.

Kena selalu ingat tu. Bila dalam bidang niaga tak de istilah rehat.

Nak tak nak kena sentiasa fokus dengan tujuan dan direction yang kita nak capai. Bila penat kita rehat, bukan berhenti.

Bila cuti, betul-betul cuti. Bila kerja betul-betul kerja. Bila beribadah, betul-betul beribadah, jangan buat main.

Dengan usaha yang sungguh-sungguh mesti Tuhan akan permudahkan jalan yang kita nak lalu. Kena tahu bahagikan masa.

Yang ada kena pandai curi-curi rehat. Bila buat anak gembira, insha Allah rezeki keluarga juga sentiasa murah.

Amin ya rabb.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge