Jangan tak reward diri sendiri

smiles-happy-cheerful-smile-wallpaper-preview

Kita ni manusia. Macam mana pun kita mesti ada keinginan nakkan sesuatu. Tak salah pun bila kita nak beli something untuk diri sendiri. Yang penting kita memang ada lebihan duit yang kita boleh guna.

Kalau kata tengah takde duit lagi, its okay kita menyimpan dulu. Kalau kata dah cukup sekalipun, cuba cari sebab untuk tak beli. Ataupun utamakan keluarga kita dulu apa yang dorang nak.

Bila kita dah takde sebab untuk tak nak beli apa yang kita nak tu, barulah kita boleh beli dengan rasa happy. Dan keluarga kita juga akan rasa happy sebab kita utamakan dorang dulu baru lah diri kita sendiri.

Apa je yang kita rasa nak sangat tu, usahakan fight sampai dapat. Bila dah dapat, mesti kita akan rasa manis dia nanti sebuah kejayaan tu. Lepas tu baru lah kita boleh fight untuk next challenge yang lagi besar.

Jangan pilih untuk taknak reward diri sendiri hanya semata-mata nak utamakan keluarga. Tak salah untuk reward diri kita dan keluarga kita juga. Sama-sama kongsi rezeki, sama-sama kongsi hasil itu lebih baik.

Insha ALLAH niat nak bahagia kan orang sekeliling kita tu tinggi nilainya disisi Tuhan kita. Percayalah, kegembiraan dan kebahagiaan takkan boleh dibeli dengan wang ringgit, tapi bila ada duit lebih, kita boleh ukirkan senyuman pada ramai orang.

Terutama mereka yang kita sayang.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge