Jangan takut dengan rezeki ALLAH SWT nak bagi

rezeki

ramai orang kadang rasa tak yakin nak buat sesuatu. betul ke apa aku buat ini? boleh ke kalau aku buat ini? aku ini bukannya dalam bidang niaga sebelum ini. kalau aku berhenti makan gaji dan terus buat bisnes nanti tak laku takkan aku nak patah balik kerja?

persoalan macam ini selalu bermain kat fikiran kita. sampaikan tahap kita tak boleh nak hadam satu-satu semua perkara yang timbul. sudahnya kita jadi stuck, buntu, down, tak tahu mana yang baik dan mana yang salah? tak tahu nak ke mana lepas ini?

setiap orang ada rezeki masing-masing

Ada hikmah di sebalik perkara yang berlaku

dia macam ini, pertama kita kena ingat, setiap perkara yang berlaku atas muka bumi ini bersebab. takkan ada satu perkara yang jadi itu sia-sia. cuma tinggal lagi macam mana cara penerimaan kita tu? sama ada kita yakin atau betul-betul yakin dengan hal itu.

mungkin kita buat sesuatu itu kita rasa kecil pada pandangan mata kita, tapi usaha kecl yang kita lakukan itulah yang menjadi asbab rezeki kita sekeluarga datang daripada jalan yang tak di sangka. jangan pernah perkecilkan usaha sendiri.

jangan takut dengan ujian yang datang

Memberi lebih daripada menerima

bila kita dah putuskan untuk berada dalam bidang bisnes, kita dah tak boleh teringat sangat tentang kisah silam. sebagai pedoman takde masalah. tapi kita ada misi yang lagi besar kita nak capai. misi yang kita tak pernah terfikir sangat pun sebelum ini.

apa dia? kita nak bantu seberapa ramai orang yang boleh dan kita nak tolong selesaikan masalah dia dengan produk yang kita niaga. bila kita ada pemikiran macam ini, barulah kita akan lebih buka mata, tanggungjawab kita besar sebenarnya.

rezeki datang dari jalan yang tak disangka-sangka

ALLAH SWT sentiasa ada bersama

dan waktu itulah nanti kita akan lebih yakin, yang hasil ini bukan kerja kita. bukan kita yang gerakkan hati pelanggan beli dengan kita. ALLAH SWT lah yang gerakkan, nampak effort nak bersungguh-sungguh bantu pelanggan, mesti Dia permudahkan.

bersangka baiklah dengan Tuhan Yang Maha Esa. sebab Dia lah pemilik rezeki, yang bagi kita cukup pakai, cukup makanan dan cukup belanja. asal kata buntu, banyak doa dipermudahkan. tapi kita kena buat lah suruhan Dia dan tinggalkan

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge