Jangan takut untuk mulakan perkara baru

jangan-takut

Aku sebelum ini memang jenis orang yang takde keyakinan diri. Nak buat apa-apa mesti takut-takut. Sampai sekarang ini pun aku tak hilang lagi masalah ini tapi dah kurang sikit lah banding dengan dulu.

Entah kenapa sebab boleh jadi macam ini aku sendiri pun tak tahu. Seingat aku perkara ini jadi masa aku masih kecil lagi. Dulu aku antara budak yang selalu kena buli kat sekolah. Takdelah selalu tapi kerap juga lah.

sentiasa berani untuk meneroka peluang yang ada depan mata

Situasi selalu berlaku di luar jangkaan

Bila dah besar, aku jadi tak yakin bila nak buat apa-apa. Lebih-lebih lagi daripada segi pekerjaan. Aku sebelum ini berniaga pasar malam. Jadi aku sendiri tak pasti apa yang aku boleh capai bila aku berniaga ini.

Ramai orang yang aku jumpa. Ada perniagaan mereka yang naik mencanak, ada yang tengah berada di atas boleh jatuh terjunam. Situasi itu berlaku depan mata aku sendiri. Lebih sakit nak selamatkan apa yang kita dah pernah ada daripada kita usahakan untuk nak dapatkan sesuatu.

sentiasa berdiri walaupun ditindas

Berani berdepan dengan risiko yang bakal dihadap

Cuma apa yang aku perasan, walau dalam situasi macam mana sekalipun, mereka peniaga ini berani untuk memulakan perkara baru yang mereka tak pernah buat sebelum ini. Takde istilah tunggu dan lihat.

Mereka sendiri yang melakukan tindakan. Andai kata menjadi apa yang baru diusahakan itu, maka bermandi dengan duit lah istilahnya meraikan kejayaan hasil penat lelah mereka sebelum ini.

percaya pada proses

Ragu-ragu di permulaan itu perkara biasa

Andai kata tak berjaya, teruskan buat dan buat sampai jadi. Tak jadi buat lagi. Tak jadi buat lagi. Sampai lah dapat orang kata tuned dia itu. Aku memang salute dengan semangat dorang berjuang tak kira penat lelah letak tepi.

Aku sendiri pun pernah alami situasi dilema sebelum berada di platform sekarang. Tak pasti sama ada tindakan yang aku bakal buat nanti betul atau tak. Cuma disebabkan kesempitan hidup, nak tak nak terpaksa juga buat.

sentiasa tambah baik kelebihan diri

Tiada yang mustahil dengan izin Allah SWT

Alhamdulillah, lagi 2 bulan lebih genaplah aku berada di platform perniagaan yang aku usahakan sekarang ini selama 2 tahun. Dengan pencapaian yang aku peroleh syukur Allah SWT izinkan aku memiliki rumah sendiri.

Aku juga syukur dengan rezeki Allah SWT apabila bulan lepas isteri yang aku bawa masuk setahun dulu berjaya capai pendapatan 5 angka beliau yang pertama. Satu kegembiraan yang aku tak boleh nak ungkapkan dengan kata-kata.

Tiada yang mustahil bila sudah melangkah. Bermulalah!

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge