Jangan terlampau fokus pada masalah yang datang

problem-mask-wallpaper-preview

Bila kita ada jumpa masalah, terutama dalam bisnes, kita tak boleh fokus kan dengan masalah tu je. Pening kepala duk mikir kan macam mana nak bagi selesai semua benda. Lain orang lain kefahaman dia.

Maksud saya duk fikirkan masalah ni ialah contohnya macam duk kaji macam mana boleh jadi semua masalah tu. Lepas duk kaji-kaji lama-lama kita jadi down. Bila down kita dah tak boleh nak buat benda lain. Jadi tak tentu arah dibuatnya.

Contoh ya bila kita buat sales, dan kita berdepan dengan masalah rejection daripada customer. Puaslah kita duk fikir macam mana lah customer ni boleh nak reject aku. Apa salah yang aku dah buat sampai dia cakap kat aku macam tu sekali.

End up kita jadi down, dan kerja sales kita pun jadi terbantut. Sebab sampai satu masa, kita kena belajar untuk abaikan benda-benda yang tak mendatangkan faedah untuk kita ni. Kena belajar untuk buat tak reti, atau buat pekak je.

Yang penting kita buat je kerja kita. Kalau kita duk asyik dengar je cakap orang, tu yang mental kita cepat koyak tu. Ada ramai orang yang akan cuba untuk nak condem apa yang kita duk buat. Tak senang bila kita buat benda baik.

Next je, abaikan terus buat tak reti. Nanti bila sampai time dia nak minta tolong selesaikan masalah dia, tahulah mana nak cari kita nanti. Masa tu kita bagi lah bantuan setakat mana yang kita mampu. Jangan pula jadi orang yang sombong balik.

Lepas ni kalau ada jumpa masalah lagi, jalan je terus. Lepas kita dah lalu masalah tu dan dah selesai, barulah kita check balik macam mana boleh jadi macam tu. Masa tu baru lah kita boleh perbaiki balik dan jadi pengajaran supaya tak ulang perkara yang sama.

Jangan stuck dekat masalah tu. Sebab masalah akan sentiasa ada selagi mana kita hidup. Sebab tu kita kena handle masalah tu cepat dan bila dah berjaya melepasi masalah tu, barulah dada kita akan rasa lebih lapang. Walau apa pun keadaan kita kena tenang sebab…

Orang tenang selalu menang.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge