Jangan terlampau taksub dengan sifu

movies-hd-michael-b-jordan-sylvester-stallone-wallpaper-preview

Dalam kita duk ghairah nak dapatkan income bisnes yang baik, kita mesti cari alternatif untuk belajar benda baru dan perbaiki balik knowledge sedia ada. Dibiarkan nanti lama-lama boleh tepu. Sampai ke sudah jualan makin turun.

Aku perasan satu pattern, bukan semua lah, ada sesetengah orang, dia terlampau teruja nak belajar dengan ramai sifu, tak kisah lah sama ada jualan secara offline ataupun online tapi dalam masa yang sama mengagungkan-agung sifu tu sendiri terlebih-lebih.

Sampaikan tahap semua achievement yang dia dah capai time tu tanpa segan silu bagitau dengan ramai orang, kalau kata tanpa bantuan sifu yang dia dah belajar ni, dia takkan dapat apa yang dia dapat sekarang ni.

Mana boleh cakap macam tu. Kita boleh hormat setiap sifu-sifu yang lebih hebat daripada kita ni, tapi kena berpada-pada lah. Apa part baik sifu ajar, kita follow lah. Jangan ikut – ikut orang, nampak orang yang kita minat sangat tu, kita pun jadi tak ketahuan.

Aku teringat pesan cikgu yang selalu ajar aku pasal bisnes. Beliau bagitau aku, part usaha macam mana nak buat tu part yang kita control. Kita kena usaha sungguh-sungguh untuk nak dapatkan apa yang kita nak.

“Tapi bila dapat nanti saya tak boleh claim pun sebab saya ajar, sabri boleh dapat. Dan sabri pun tak boleh claim kata usaha sabri yang buatkan sabri dapat capai target.” Sebab bahagian usaha tu kita wajib buat. Itu semua proses.

Tapi bila dapat tu sebab memang ALLAH SWT izinkan nak bagi dah time tu.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge