Jangan terlepas jadikan isteri kalau wanita ada 3 ciri ini

gadis-impian-lelaki

Masa mula-mula jumpa, biasanya pasangan mesti malu-malu nak tunjuk perangai yang sebenar. Baru kenal lah katakan. Kita pun mestilah nak bagi first impression yang baik betul tak?

Tapi bila dah lama kenal itu, baru lah boleh perasan pasangan kekasih kita ini macam mana orang dia. Mungkin tak semua, tapi ada sesetengah yang kita dah boleh tau, oh macam ini rupanya awek aku.

Kali ini aku kongsikan 3 perkara yang buatkan aku jatuh hati dengan ex-girlfriend aku dulu. Mestilah ex-kan sebab sekarang ini dah sah jadi isteri yang halal pun. Hihihi.

wanita baik idaman semua lelaki

Pandai masak

Pertama yang buatkan aku jatuh hati dengan isteri aku ini dulu, bila dah siap masak dia akan pastikan dapur itu mesti jadi bersih balik. Zaman sekarang ini bukan senang nak jumpa perempuan yang pandai masak.

Maksud aku pandai ini bukan setakat tahu je, tapi bila dia tak tau macam mana nak buat satu-satu menu itu, dia akan belajar kat youtube lepas itu menjadi pulak itu. Yang ni memang aku kagum.

Bila dah siap masak dapur itu mesti dia akan bersihkan macam jadi asal balik. Semua pinggan mangkuk periuk belanga dia cuci. Lepastu barulah dia makan bila dah settle semua.

rajin masak tidak kira masa

Suka budak-budak

Keduanya isteri aku ini dulu memang suka jaga budak. Dia tak kisah langsung kena jaga adik dia yang kecil lagi. Sampaikan dia korbankan untuk sambung study semata-mata nak jaga adik dia, sorang baby sorang lagi tadika sebab mak kerja.

Sampaikan kalau ada budak-budak yang datang ke rumah ke dia akan layan semua sekali. Dialah yang bagi makan, dialah yang bagi cebok kencing berak, dialah yang kemas rumah semua bagai.

Pernah sampai ada jiran-jiran yang minta tolong jagakan anak dorang sebabkan jiran itu ada hal yang nak kena uruskan. Dia tak kisah pun, lagi dia suka adalah. Semua budak-budak itu dia bawa main mainan.

pandai ambil hati kanak-kanak

Rajin mengemas

Ketiga dan yang ini paling buat aku tabik. Isteri aku ini dari dulu dia jenis yang tak suka tengok rumah kalau bersepah. Dia paling tak boleh nampak kalau ada kotor dalam rumah. Dia takkan senang duduk.

Mesti dia akan automatik jalankan kerja-kerja pembersihan. Ada sampah dia akan buang, kalau ada baju menimbun dia akan lipat, kalau ada habuk sawang semua dia akan sapu bagi bersih.

Lepastu itu pula kalau kata dinding-dinding dalam bilik air itu dah start berlumut, dia akan sental bagi bersih. Kalau kata semuanya dah nampak cantik kat mata dia, baru dia akan puas hati.

suka mengemas rumah setiap hari

Rasa hormat yang tinggi

So ini antara 3 ciri-ciri yang buatkan aku jatuh hati dengan dia. Sampai lah bila kitorang dah kahwin ini pun dia memang kekalkan apa yang dia memang dah biasa buat daripada dulu. Maknanya dia bukan buat-buat.

Masa kitorang baru kahwin dan bisnes aku kena tutup, dialah yang belajar buat nasi lemak kat youtube lepas itu kitorang meniaga bawah flat. Dia belajar macam mana nak buat goreng pisang cheese.

Bila lepas niaga dia yang cuci semua barang niaga itu sampai bersih. Lepastu dia jaga anak, susu badan kan anak kami 2 orang 24 jam tanpa dia rasa penat langsung. Aku terharu dengan pengorbanan dia.

Takkan terbalas dengan nilai ringgit.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge