Janganlah hisap rokok dalam rumah

hisap-rokok-tak-bergaya

hisap rokok ini pilihan sendiri. takde siapa yang boleh halang. orang lain cuma boleh bagitau je kenapa kalau boleh jangan merokok. tak payah tunjukkan apa-apa bukti, semua orang tahu apa kesan daripada perbuatan hisap rokok ini.

sama juga kalau kita nak berhenti, takde siapa yang boleh paksa untuk suruh kita buat. mesti kena timbul kesedaran itu dalam hati. sama ada berhenti rokok disebabkan kesihatan makin merosot ataupun tentang perkara lain, itu atas ketentuan diri sendiri.

Jangan libatkan insan tersayang

cuma apa yang aku nak bagitau kalau nak hisap rokok, please jangan libatkan orang lain yang tak hisap. terutama sekali tentu keluarga sendiri. ada banyak perkara yang boleh dan tak boleh buat walaupun rumah itu kita sendiri yang bayar bulan-bulan.

bukan apa anak-anak ataupun pasangan kita, diorang ini tak bersalah. jangan disebabkan menjaga kepentingan diri sendiri sampaikan kesihatan orang yang kita sayang terancam. asap rokok ini jangan dibuat main-main.

Hisaplah rokok luar dari rumah

ada banyak bahan-bahan bahaya dalam nak buat sebatang rokok itu. dan bila asap itu disedut oleh orang lain yang tak hisap rokok, memang boleh mengancam nyawa sesiapa saja terutama sekali dah tentulah badan kita sendiri. jangan! pleasa jangan hisap rokok dalam rumah.

pergi lah hisap kat mana-mana. kat tepi jalan raya ke, ataupun kat pondok bas tepi jalan yang takde orang itu, hisaplah puas-puas kat sana sampai berapa batang sekalipun. yang penting jangan libatkan orang lain. dan ada satu perkara penting aku nak bagitau.

Jangan hisap rokok depan mak ayah

tolong jangan hisap rokok depan mak ayah kita walaupun mak ayah kita memang hisap rokok juga dan walaupun dorang hisap dalam rumah. tolong sangat. ini namanya kurang ajar. mak melahirkan, ayah membesarkan sampai lah kita jadi macam sekarang.

dorang hisap rokok itu pilihan dorang. tapi sebagai anak please jangan hisap rokok depan dorang. aku pun ada anak yang masih kecil lagi. aku tak boleh bayangkan kalau anak aku sekarang ni hisap rokok depan aku bila dah besar. nauzubillah.

sorry aku terpaksa habiskan artikel ini kat sini. aku dah tak boleh tahan sebak. sebab aku pernah nampak member aku hisap rokok dalam rumah. bapa dia kat dapur menangis weyh. Allahuakbar.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge