Aku tau ada ramai kat luar sana, kadang kecil hati dengan mak sendiri. Biasalah kita tengah muda ni. Ada part kita ni duk rasa kita je yang betul, semua orang salah. Sampaikan mak kita pun kita rasa beliau tak faham kita.
Time ni kita sikit-sikit nak memberontak. Kadang sampai tahap nak tinggi-tinggikan suara dengan mak kita sendiri. Lepastu merajuk lari sana, lari sini taknak balik rumah mak. Sampai tahap benci nak tengok muka mak sendiri.
Tinggallah mak sorang-sorang kat rumah terkedu sendiri fikirkan pasal perangai anak. Betul lah, bukan senang sebenarnya seorang mak tu nak fahamkan anak dia. Kadang sampai tahap terpaksa makan hati dengan anak sendiri.
Anak je yang tak faham apa yang mak cuba nak sampaikan. Padahal mak kita yang lahirkan kita, mesti lah mak tahu serba serbi pasal diri kita. Dia yang sakit nak meneran kat atas katil nak melahirkan kita. Boleh kita kata mak tak faham kita.
Cuba bayangkan sekarang ni, kita pula yang tengah sakit nak melahirkan anak. Lepas tu tup-tup anak tu lahir dan selepas 25 tahun kedepan anak tu melawan cakap kita dan taknak dengar apa yang kita nasihatkan. Boleh bayangkan tak betapa hancur luluhnya hati kita masa tu.
Ni tengah sakit mengandung ni, tapi kita tak boleh nak bayangkan lagi sakitnya hati ni bila anak kita sendiri pulaukan kita, taknak datang tengok kita kat rumah dah dan anak kita pula tengking-tengking kita. Bayangkan.
Mak kita dah makin tua. Bila-bila masa je beliau akan pergi tinggalkan kita. Macam mana nanti kalau kita tak sempat nak minta maaf? Kemana lagi kita nak mengadu keluh kesah kita bila mak dah takde? Menanggung rindu yang takde penghujung.
Masa tu semuanya dah terlambat.
Artikel menarik untuk anda:
Janganlah semua harapkan isteri, kan boleh pergi sendiri
Kalau kata tiba-tiba isteri taknak ikut kita pergi beli barang ke atau taknak temankan kita untuk satu-satu urusan, janganlah terus nak paksa…... Baca selanjutnya »
Kongsi peluang perniagaan dengan anak muda
Jumpa anak-anak muda ni tadi, teringat pula zaman-zaman baru habis sekolah dulu. Masa tu fikir nak enjoy je. Takde fikir pun nak…... Baca selanjutnya »
Mana satu nak pilih, antara mainan anak ataupun minyak wangi sendiri?
Kadang kita ini suka beli sesuatu barang itu untuk nak puaskan hati sendiri. Bahasa mudah yang selalu orang guna kira macam nak…... Baca selanjutnya »
3 perangai isteri buat suami merajuk
Ada sesetengah isteri tak perasan perbuatan mereka itu sebenarnya buatkan suami jadi tak tentu arah. Tak pasti sama ada nak suka ataupun…... Baca selanjutnya »
Janganlah hisap rokok dalam rumah
hisap rokok ini pilihan sendiri. takde siapa yang boleh halang. orang lain cuma boleh bagitau je kenapa kalau boleh jangan merokok. tak…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions