Kalau kata tiba-tiba isteri taknak ikut kita pergi beli barang ke atau taknak temankan kita untuk satu-satu urusan, janganlah terus nak paksa mereka. Pergi sajalah sendiri.
Perbuatan mendesak itu boleh buatkan dorang jadi lagi rimas dengan perangai kita. Kita sebagai lelaki pun tak suka kalau ada orang paksa-paksa, wanita ini pun sama lah juga. Naik menyampah lama-lama.
Bukannya kita suami tak boleh buat
Ala, kadang bukan urusan yang rumit sangat pun. Setakat pergi beli barang dapur, ataupun minta tolong belikan pampers anak, start enjin motor dan terus je lah pergi kedai yang terdekat.
Takkan lah nak berangkut semua naik kereta pula kan. Masalah nya naik kereta ini bukan apa, nanti nak cari parking susah, tak berbaloi kalau kata nak beli barang sikit-sikit itu.
Banyak kerja isteri yang lain
Ini tak, dah lah paksa isteri ikut sekali, sampai sana malas nak turun, tunggu dalam kereta je. Isteri lah juga yang nak kena turun cari barang yang perlu. Sedangkan kalau isteri tak ikut banyak benda dia boleh buat kat rumah.
Dia boleh basuh pinggan ke, cuci tandas, lipat baju yang dah menimbun macam gunung, macam-macam lagi lah. Daripada kena teman suami, lebih baik siapkan kerja yang lebih banyak itu.
Uruskan anak-anak bukan tugas mudah
Suami pun kena lah tolak ansur. Isteri itu banyak sebenarnya tugas yang dia nak kena buat. Tak semestinya dia suri rumah kerja dia duduk melangut je. Kalau ikutkan kerja dorang lagi lah tak berhenti.
Kena pula anak 2-3 orang nak diuruskan. Memang start daripada bangun tidur pagi itu sampai lah malam nak tidur tak berhenti kerja. Itu belum lagi anak bangun tengah malam nak susu. Tak kesian ke?
Hargai dan sayangilah mereka
Suami kalau nak isteri hormat tak susah pun. Cukup sekadar faham dengan tugasan mereka dan bantu part mana yang kita suami ini boleh buat. Itupun dah cukup buat rasa diri dorang dihargai.
Ingat suami kat luar sana. Macam mana susah pun kita rasa kehidupan kita setiap hari, takkan boleh terbalas kesakitan isteri bertarung nyawa melahirkan anak keturunan kita.
Sungguh, wanita itu hebat dan tidak terbanding.
Artikel menarik untuk anda:
Biarlah isteri nak beli, lagipun guna duit dia
Ada isteri yang kerja daripada pagi sampai petang, keluar rumah tinggalkan anak-anak kat rumah pengasuh semata nak bantu suami untuk tampung pendapatan…... Baca selanjutnya »
3 kesalahan suami buat isteri terus mengamuk
Bila dalam hubungan suami isteri ini, kau kena sentiasa jaga hati isteri kau. Jaga yang aku maksudkan ini, betul-betul jaga tau. Bukan…... Baca selanjutnya »
Sibuk macam mana pun, sekali sekala bawa lah isteri pergi dating
aku perhatikan pasangan yang dah berkahwin zaman sekarang ini terlampau sibuk dengan urusan kerjaya masing-masing. yelah, mungkin zaman ekonomi yang tengah mencabar…... Baca selanjutnya »
Janganlah hisap rokok dalam rumah
hisap rokok ini pilihan sendiri. takde siapa yang boleh halang. orang lain cuma boleh bagitau je kenapa kalau boleh jangan merokok. tak…... Baca selanjutnya »
KENAPA HARUS PERGI
Janganlah tinggalkan saya dengan anak dekat KL ini bang. Macam mana kehidupan kami anak beranak hari-hari bila abang takde kat sini? Abang…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions