Perlahan-lahan aku kunyah baki roti yang masih bersisa. Sudah berapa bulan aku tidak makan nasi. Selera makan juga sudah tiada lagi. Kerunsingan dan ketakutan yang melanda diriku ketika ini membuatkan aku takut untuk berdepan dengan dunia realiti dan keadaan semasa. Masa depan ku bagai sudah musnah, hancur segala harapan dan angan-angan yang aku impikan ketika waktu kecil dulu.
Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Kesenangan dan kebahagian yang aku telah kecapi diragut serta merta tanpa belas ihsan. Semuanya angkara terpengaruh dengan rakan-rakan yang menjerumusku kedalam kancah perjudian yang sangat melalaikan.
SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA
Hanya bermula dengan sedikit duit yang ada dalam poket, akhirnya aku menggadaikan segala harta dan empayar yang telah ku bina bertahun-tahun lamanya. Aku tidak menyangka kesan dan akibat yang bakal berlaku di kemudian hari. Pada awalnya hanya ingin mencuba secara suka-suka, namun lama kelamaan ianya menjadi barah yang menjahanamkan hidup aku.
Sudahlah segala aset telah kugadaikan, anak dan isteri pula sentiasa hidup dalam ketakutan. Setiap hari, pemungut hutang datang dan mengugut untuk mencederakan jika hutang judi ku tidak dilangsaikan dengan segera. Mereka menyimbah cat berwarna merah di depan rumah dan menconteng kereta ku dengan aerosol yang membuatkan ku berasa sangat malu hendak keluar.
SELAMAT TINGGAL
Paling tidak ku sangka, aku melihat satu surat diatas meja makan tempat kami sekeluarga menikmati hidangan. Aku buka surat tersebut dan terkejut dengan isi kandungannya. Isteriku telah lari bersama anak-anak dan meninggalkan ku sendirian. Hancur luluh hatiku apabila membaca surat tersebut.
Hilang semua kekuatanku hingga aku merasakan hendak berdiri pun sudah tiada daya lagi. Aku diisytiharkan muflis oleh bank negara kerana menanggung hutang yang terlampaun banyak. Rumah ku telah dilelong dan semua kereta serta motosikal ku telah ditarik.
LARI KEMANA
Aku melarikan diri daripada pemungut hutang yang telah menyerang dan mengancam nyawaku. Kini aku hanya boleh menyembunyikan diri di lorong-lorong di sekitar ibu negara. Hanya mengharapkan ihsan daripada orang sekeliling yang sudi memberikan ku sedikit makanan untuk meneruskan baki sisa kehidupan yang tinggal.
Aku tidak tahu apa yang harus ku lakukan sekarang ini. Beralaskan kotak berbantalkan surat khabar, aku bersendirian mengenangkan nasib dan apa yang bakal berlaku keesokan hari. Aku menyesali dengan apa yang telah aku lakukan selama ini.
BERSERAH
Jalan ini yang aku pilih, maka akibatnya juga haruslah ku tanggung. Berteman tikus-tikus dan sampah-sampah setiap hari, aku mengharapkan agar aku punya sedikit masa untuk berpatah balik dan mengubah segala apa yang telah ku lakukan. Namun itu semua adalah mustahil. Masa tidak akan boleh diundurkan walau sesaat.
Ya Allah, aku menyesali atas perbuatan salah yang ku lakukan pada masa lampau. Aku tidak layak untuk ke syurga Mu, namun aku sangat takut dengan api neraka Mu ya Allah. Aku memohon keampunan dari Mu atas segala kesalahan yang telah aku lakukan. KepadaMu aku menyerahkan bulat-bulat takdir dan pengakhiranku. Dan hanya kepada Mu aku memohon ampun dan pertolongan.
Artikel menarik untuk anda:
SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT
Nasi lemak yang kubeli pagi tadi langsung tak dijamah isteri. Beliau hanya memandang dan terus keluar dari rumah untuk ke tempat kerja….... Baca selanjutnya »
ADUH SANGKUT LAGI
Kesesakan trafik sudah menjadi lumrah dan biasa berlaku bila kita berada di bandar-bandar besar. Masalah yang dihadapi ini bukan saja berlaku di…... Baca selanjutnya »
BANDUAN AKHIR
Helaian al-Quran itu aku selak satu-persatu. Berjujuran air mataku entah kali yang keberapa. Aku tak kuat lagi untuk membacanya. Bergegar jantungku mengenangkan…... Baca selanjutnya »
INGAT SENANG
Jol sememangnya boleh digelar seorang yang berjaya di syarikat tempat beliau bekerja. Jawatan beliau sebagai seorang pengurus di sebuat syarikat terkemuka Taiwan…... Baca selanjutnya »
DAMAILAH DISANA
Rasa seperti baru semalam saja aku berbicara dengan mu sahabat. Senyuman dan gurauan yang kau lemparkan sungguh membuatkan duniaku seakan menari-nari diatas…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions