Kaitan antara suami isteri, habuk dan pokok viral

rumah-cantik-bila-hias

Aku tak pasti apa sebenarnya isu yang kecoh sampai viral kata kalau letakkan satu-satu jenis pokok ini dalam rumah boleh kurangkan masalah habuk dalam rumah itu sendiri. Kira macam pokok ini menapis habuk lah.

Aku bukan nak ulas pasal pokok itu sebab aku bukan pakar saintifik yang buat kajian melalui fakta atau pun teori. Cuma masalah habuk ini memang antara masalah yang paling sinonim untuk penduduk Malaysia.

rumah sentiasa dalam keadaan bersih

Habuk beri masalah pada kesihatan

Boleh dikatakan hampir setiap rumah tak kisah lah sama ada di bandar atau pun kat luar bandar mesti tak boleh lari daripada masalah ini. Habuk ini boleh menjejaskan kesihatan kalau tak dibendung.

Masalah asma, resdung, dan banyak lagi masalah lain yang melibatkan pernafasan boleh mengganggu kesihatan tubuh badan semuanya bermula dengan habuk yang banyak dalam rumah. Ini perkara yang sangat serius untuk difikirkan.

susunan rapi buatkan hati tenang

Tanggungjawab ketua keluarga

Peranan isi rumah terutama sekali suami dan isteri kena saling bantu membantu untuk pastikan habuk kat rumah ini tak menjadi lebih serius hingga boleh melibatkan anak-anak kecil yang tak bersalah.

Mereka tak tahu apa-apa. Antibodi mereka lemah, jadi bila mana mereka selalu terdedah, dah tentu kesihatan mereka terjejas. Ibu bapa juga nanti yang terpaksa berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

hiasan rumah yang menarik

Kebersihan sentiasa jadi keutamaan

Andai kata benar penanaman pokok dalam rumah yang dimaksudkan betul boleh membantu, maka sebaiknya tanamlah dan jaga baik-baik. Pastikan juga kita ada ilmu yang cukup untuk tahu apa pula kesan menanam pokok di dalam rumah.

Langkah pencegahan yang paling baik sekali dah tentu lah pasangan suami isteri kena sentiasa kerap membersihkan rumah. Ianya boleh dijadikan sebagai rutin harian tanpa membahagikan tugas-tugas tertentu. Sama-sama buat.

pilihan di tangan masing-masing

Fikir sebelum bertindak

Apa-apa pun kita sebagai manusia mesti kena bertanggungjawab untuk pastikan persekitaran dan rumah sentiasa dalam keadaan bersih. Kebersihan itu sendiri sebahagian daripada iman.

Jadi andai kata lepas ini ada petua-petua dan amalan yang baik, paling penting untuk selidik dulu kesahihannya dengan yang pakar. Jangan terus ambil bulat-bulat apa yang dibaca di internet. Fikirkan kesan baik dan kesan buruk bila kita ambil satu-satu tindakan.

Semoga bermanfaat!

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge