Anak-anak ini perlu diberi perhatian yang baik. Mereka ini mudah terdedah dengan bahaya yang kadang kita tak perasan. Sebagai ibu bapa, wajib kita ambil berat kebajikan mereka.
Bukan sahaja keperluan, makan pakai sahaja perlu diambil kisah, tapi kesihatan dan persekitaran yang baik juga kena sentiasa dititik beratkan. Ini boleh mempengaruhi tumbesaran.
Suasana dalam rumah pengaruhi pemikiran anak-anak
Bayangkan bila kita tak amalkan dan praktikkan perkara ini dengan baik, dah tentu boleh mengganggu emosi dan cara mereka berfikir. Ada banyak perkara yang perlu di ambil kira.
Sebagai contoh seorang anak yang lahir dan dibesarkan dalam keluarga yang tidak mengamalkan kebersihan dalaman rumah, ini tentu boleh menjejaskan kesihatan mereka.
Kesan mudarat andai tindakan sambil lewa
Menjaga kebersihan itu memang menjadi pegangan kita terutama sebagai seorang muslim, ianya menjadi sebahagian daripada keimanan. Ada banyak kesan yang tidak baik yang akan berlaku jika kita mengambil jalan mudah.
Salah satunya anak-anak akan mudah jatuh sakit. Tinggal dalam rumah yang persekitaran berhabuk boleh menyebabkan anak-anak terdedah dengan masalah asma dan resdung.
Gangguan emosi yang menekan
Dan sudah tentu akan mengganggu kehidupan kita jika terpaksa kerap ke hospital bagi menghantar anak untuk mendapatkan rawatan susulan. Masa dan tenaga yang perlu digunakan untuk pekerjaan hakiki juga terganggu.
Itu belum lagi tentang kos rawatan yang tinggi terpaksa ditanggung. Mungkin tidak terkesan sekiranya mempunyai insurans tetapi kesan emosi pada anak lebih bahaya. Mereka akan mudah jadi seorang yang rendah diri.
Berbelanja demi mencegah
Jadi, sebagai orang yang lebih dewasa kita seharusnya memastikan semua langkah-langkah pencegahan yang boleh di ambil dipraktikkan dan kebersihan sentiasa jadi keutamaan.
Tak salah sekiranya mengeluarkan sedikit belanja semata-mata mahu memastikan keadaan dalam rumah sentiasa bebas daripada habuk dan bakteria yang boleh membahayakan kesihatan.
Mencegah lebih baik daripada merawat.
Artikel menarik untuk anda:
Anak mudah sakit disebabkan persekitaran yang berhabuk
Aku ada 2 orang anak kecil. Biasalah budak-budak ini selalunya mudah sensitif sikit. Masa kecil memang kena sentiasa pantau dan ambil berat…... Baca selanjutnya »
ADUH SANGKUT LAGI
Kesesakan trafik sudah menjadi lumrah dan biasa berlaku bila kita berada di bandar-bandar besar. Masalah yang dihadapi ini bukan saja berlaku di…... Baca selanjutnya »
Anak itu satu anugerah terindah, bukan bebanan untuk ibu bapa
Sementara duduk dalam kereta tunggu isteri beli barang tadi, aku sempat belek-belek galeri telefon nak buang mana gambar atau video yang tak…... Baca selanjutnya »
Bukan kau seorang yang bermasalah
Entahlah. Kadang sebenarnya niat kita cuma nak tolong je tapi tak tau kenapa ada orang nak salah anggap. Pertolongan tu pun takdelah…... Baca selanjutnya »
MELAKUKAN PERKARA YANG KITA SUKA
Acap kali soalan ini di tanyakan kepada diri. Kau tak rasa susah ke bila buat jualan? Bukan ke kalau kita berniaga ini,…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions