Coklat panas itu aku hirup perlahan-lahan. Nyaman sungguh udara terasa apabila hujan turun membasahi bumi. Pemandangan tasik yang sungguh indah dari balkoni villaku, memberikan satu perasaan yang sungguh menyenangkan.
Sedang aku menikmati keindahan pemandangan yang mempesona, datang suamiku dari belakang menyapa dengan penuh lembut. Kemudian kami sama-sama menghayati keindahan matahari terbenam. Panorama alam yang memukau pandangan mata.
CINTA DAN TANGGUNG JAWAB
Namun hati ini masih berat untuk membenarkan beliau pergi semula. Tugasan suami sebagai seorang anggota tentera yang berkhidmat demi negara memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi. Kali ini beliau diberi amanah untuk ke Timur Tengah di negara yang sedang bergolak.
Hati isteri mana yang tidak risau bila suami berada jauh beribu batu. Apatah lagi dengan ketegangan yang sedang berlaku di tempat yaang bakal beliau pergi, tentu sahaja aku risau akan keselamatannya sepanjang bertugas disana. Tentu banyak bahaya yang beliau bakal berdepan.
TERPISAH
Anak perempuan kami sentiasa rindukan kasih sayang daripada seorang bapa. Membesar tanpa ayahnya disisi yang jarang berada di rumah sampai bertahun-tahun membuatkan si kecil sering merajuk hati dan suka menyendiri. Makan selalu tidak berselera, terperap didalam bilik dengan gajet dan permainan.
Aku sentiasa memujuknya dengan mengatakan yang ayah ada amanah dan tanggung jawab yang lebih besar harus dipikul. Ayah juga tidak pernah mengabaikan segala keperluan kita dirumah. Kita harus sentiasa berdoa agar ayah diberi kekuatan dalam menghadapi hari-hari mendatang.
KUAT DAN TERUS KUAT
Suami berpesan kepadaku agar sentiasa menjaga diri dan banyakkan bersabar. Beliau tahu aku juga sedih selepas ketiadaan nya nanti, namun tugasan yang diberi harus dipikul dengan penuh tanggung jawab. Banyakkan berdoa demi keselamatannya dan semoga semua baik-baik sahaja.
Aku hanya mengangguk lemah. Aku harus kuat untuk menerima segala takdir dan ketentuan. Aku mesti berani terima kenyataan dan banyakkan bersabar. Aku punya anak yang perlu dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Walau bagaimana sekalipun aku tidak boleh kalah dengan emosi.
DOA TIDAK PERNAH PUTUS
Abang, sebelum abang pergi, saya nak abang tau yang saya dan anak akan sentiasa ada disini menantikan kepulangan abang. Walau apa terjadi sekalipun, abang kena janji yang abang akan pulang ke pangkuan kami semula. Kami akan sentiasa sabar menantikan kepulangan abang.
Abang janji tau. Abang mesti jaga diri abang baik-baik. Jaga makan minum abang. Jangan risaukan saya kat sini, yang penting abang mesti tunaikan tanggung jawab abang demi negara dengan sebaik-baiknya. Kami akan sentiasa menyokong abang tanpa berbelah bahagi.
Saya cintakan abang sampai bila-bila. Selamat jalan pahlawanku.
Artikel menarik untuk anda:
RINDUKU PADA SUAMI TIDAK TERUNGKAP
Aku seorang suri rumah sepenuh masa. Suami lah yang menanggung segala nafkah dan perbelanjaan kami sekeluarga. Bagi suami, semua itu telah ditunaikan…... Baca selanjutnya »
HADIAH BUAT CIKGU
Kerjaya sebagai seorang guru memang menjadi cita-citaku sejak kecil. Tiada perasaan yang boleh digambarkan apabila aku telah lulus dengan cemerlang dan dipilih…... Baca selanjutnya »
SELAMAT PULANG KE KAMPUNG
Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu. Isteri dan anak-anak akan pulang ke kampung halaman di Sandakan Sabah bagi menyambut lebaran di sana….... Baca selanjutnya »
BABAH TAHU ABANG SUKA
Aku belek satu persatu barang-barang yang ada di dalam kedai permainan itu. Semuanya sangat cantik, canggih dan tentunya model terbaru yang sedang…... Baca selanjutnya »
SAMPAI BILA NAK TUNGGU
Panas betul cuaca aku rasa hari ini. Biasanya cuaca taklah terik sangat. Mungkin musim kemarau bakal tiba. Sudahlah bulan puasa semakin dekat….... Baca selanjutnya »
Reader Interactions