Kalau sekali imbas baca tajuk ini mungkin kita rasakan yang bagus kalau ada satu karpet dalam rumah untuk pastikan semua habuk berkumpul dekat situ. Salah faham ini haha.
Sebenarnya aku nak bagitau yang karpet tempat yang paling senang terdedah dengan masalah habuk. Rumah siapa yang ada karpet cuba pergi tanya, banyak tak habuk dalam rumah.
Habuk mudah melekat pada karpet
Mesti dia cakap banyak habuk. Memang betul pun. Sebab fabrik untuk membuat satu-satu karpet itu memang mudah untuk memerangkap habuk-habuk halus yang kita tak nampak.
Habuk itu semua akan melekat dan memang takkan hilang selagi kita biar macam itu. Lepas itu anak-anak duk baring atas karpet. Kita kadang makan atas karpet. Lagi lah banyak bakteria.
Punca badan gatal-gatal
Itu lah punca budak-budak senang gatal-gatal badan bila dah kena habuk. Habis merah badan diorang bintik-bintik. Kita sebagai mak bapak tengok pun jadi kesian ke dorang.
Lepas itu kena anak jenis yang suka garu, habis luka-luka badan dorang. Luka takpe lagi, ini habis bernanah semua. Pastu jangkit pula dekat yang lain. Kesian kita tengok.
Sentiasa bersihkan karpet rumah
Bila kita decide nak gunakan karpet kat rumah, kita kenalah sentiasa jaga kebersihan karpet itu. Bila dah tau karpet ini cepat berhabuk, janganlah dibiarkan macam itu je.
Rajin-rajin lah sikit untuk vakum karpet itu. Tak salah pun kalau hari-hari buat. Apa yang penting, anak kita taklah kena habuk ini. Kalau kena lepastu sakit kita juga yang susah.
Pilihan sentiasa ada untuk orang yang mahu bertindak
Lepas ini kena sentiasa pastikan kebersihan rumah terutama karpet kita. Ada sesetengah orang kadang bertahun tak pernah vakum karpet. Sampaikan dah bertukar warna dah karpet itu.
Kalau dah sampai tahap macam itu, lebih baik tukar yang baru je lah. Kita boleh tentukan sama ada nak sayang duit sendiri ataupun nak pentingkan kesihatan orang yang kita sayang.
Kita sendiri pilih.
Artikel menarik untuk anda:
3 sebab kenapa rumah cepat berhabuk
Masalah habuk ini memang boleh buat kita yang duduk dalam rumah ni cepat rasa tak selesa. Kena pula bila kita boleh perasan…... Baca selanjutnya »
3 cara kurangkan habuk dalam rumah
Masalah rumah berhabuk ini memang tak boleh nak elak. Macam aku sendiri yang tinggal kat bandar daripada kecil lagi, memang dah selalu…... Baca selanjutnya »
3 cara hapuskan habuk dalam rumah
Masalah habuk dalam rumah ini kalau tak dibendung memang makin menjadi-jadi. Kat mana-mana pun nanti boleh nampak habuk ini melekat. Kadang kat…... Baca selanjutnya »
Tips kurangkan bau masakan dalam rumah
Rumah aku ini jenis apartment. Rumah yang sederhana besar, lebih kurang 900 kaki persegi macam itulah. Bila rumah jenis pangsapuri ini faham-faham…... Baca selanjutnya »
Janganlah hisap rokok dalam rumah
hisap rokok ini pilihan sendiri. takde siapa yang boleh halang. orang lain cuma boleh bagitau je kenapa kalau boleh jangan merokok. tak…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions