Kasih ibu membawa ke syurga

kenangan-masa-kecil

Kita sebagai anak ini, jangan sekali-kali buat mak kita rasa kecewa dengan kita. Berdosa besar kalau buat macam ini. Walaupun kadang-kadang kita rasa pendapat kita ini betul, tapi tak boleh suka-suka hati je kita nak tegakkan pendirian kita.

Tak baik. Apa saja yang ibu kita bagitau tu, mesti ada sebab musabab dia. Ibu kita yang melahirkan kita. Mereka lebih tau mana yang terbaik untuk kita.

Daripada kecil sampai besar ibu yang jaga kita. Makan minum kita. Sakit pening kita. Aku ingat lagi masa kecil kalau aku demam mama akan basahkan kain dengan air sejuk dan ais.

Lepas tu mama akan tekap kan kat kepala supaya demam tu kebah. Masa tu aku tak boleh tidur malam, mama pun tak tidur juga. Sampai macam tu sekali ibu berkorban untuk kita. Takkan boleh lawan pengorbanan mereka.

Jangan suka tarik muka dengan mak

Paling penting, bila ada selisih faham, cepat-cepat jumpa dengan mak balik. Tak payahlah nak merajuk-merajuk dengan mak sendiri. Bawa berbincang tentang apa saja masalah yang timbul. Kita sebagai anak ni suka buat keputusan sendiri.

Kita rasa kita dah besar, banyak benda yang kita dah tau. Sebenarnya kita tak perasan yang kita sendiri dah banyak buat perkara yang salah. Mak kita mesti tau kita buat salah sebab mak lagi pengalaman daripada kita.

Bawa berborak dengan mak balik. Pergi lah lepak memana kat cafe ke kemudian slow talk baik-baik. Kalau kita tengah nak mencuba sesuatu perkara yang baru, minta mak doakan yang baik-baik supaya semuanya berhasil.

Jangan sekali-kali membelakangkan mak dalam apa saja yang kita nak buat setiap hari. Doa mak tu mustajab. Takde hijab bila mak berdoa. Setiap apa yang mak doakan lagi-lagi untuk perkara kebaikan buat anak-anak nya mesti akan Allah SWT makbulkan. Sama ada cepat atau lambat saja.

Mak tu cuma rindukan kita je

Bila berjauhan dengan mak, kena selalu balik ke kampung jenguk mereka. Janganlah tunggu raya baru nak balik. Mak tu rindu kan anak-anak dia. Korang tak ingat ke dulu masa kecil-kecil korang adik beradik selalu je main kejar-kejar kat halaman rumah.

Korang bergaduh sesama sendiri, lepas tu berbaik balik. Sambung balik main sampai hari hujan, semua pakat mandi hujan. Balik rumah sama-sama, berjemaah kena marah dan kena rotan dengan mak.

Percaya tak bila korang dah besar, mak korang mesti rindukan suasana tu balik. Rindu kat anak-anak dia yang nakal tu dulu. Mak bukannya nak marah kan sangat pun korang masa tu. Cuma mak korang risau nanti korang dapat sakit.

Kadang-kadang mak akan menung je kat tangga rumah bila korang dah lama tak balik. Kalau boleh nak patah balik masa biar korang ni semua jadi kecil balik. Biarlah korang ni tak besar-besar supaya hati mak sentiasa terhibur.

Tak boleh nak balas pengorbanan mak

Hadiahkanlah mak dengan sesuatu yang mak suka. Masa ini lah kita nak balas balik segala jasa mereka dah membesarkan kita daripada kecil tak tau apa-apa sampai lah besar dan berjaya capai apa saja yang kita nak.

Memang takkan boleh balas apa saja hadiah yang kita bagi tu kalau nak dibandingkan sakitnya seorang mak tu nak melahirkan anak. Walau dibagi seluruh harta yang ada atas bumi ini sikit pun takkan boleh balas semua tu.

Cuma bila kita hadiahkan apa yang mak suka tu, sekurang-kurangnya buat mak rasa gembira anak-anaknya selalu ambil berat. Tak payah nak tunggu bila hari lahir mak pun. Kalau jalan-jalan kat mana-mana pasar raya tu kalau nampak satu benda yang kita memang tau mak kita suka, apa salahnya belikan untuk mak.

Takkan habis duit tu kalau kita beli hadiah yang boleh buat mak rasa seronok. Silap hari bulan makin bertambah-tambah lagi rezeki yang Allah SWT bagi.

Doakan supaya mak kita semua dalam rahmat Tuhan

Syurga itu dibawah tapak kaki seorang ibu. Hargai lah jasa dan bakti mereka. Takkan ada satu benda pun yang boleh lawan kehebatan seorang mak tu. Mak lah pelindung di kala kita takut nak hadap cabaran yang datang dalam hidup.

Mak juga lah tempat mengadu ketika mana kita sedih dengan apa yang dah terjadi dalam hidup kita. Dan mak kita jugalah jaminan untuk kita masuk syurga di akhirat nanti. Andai kelakuan kita tak baik dekat mak, nerakalah tempat kita.

Waktu aku tulis artikel ini bonda tercinta aku baru lepas buat operation mata. So, kesempatan ini juga aku nak minta semua yang baca nukilan aku kali ini mendoakan kesejahteraan ibunda tercinta aku yang baru selesai menjalani pembedahan mata sebab ada selaput.

Kalau dibiarkan boleh menyebabkan buta kata doktor. Mama jarang masuk hospital, apatah lagi nak kena operate bagai. Aku paling tak boleh dengar bila suara mama menangis sebab tak menahan sakit. Sebak dia aku tak boleh nak kata.

Doakan mama cepat sembuh dan aku doakan ibunda tercinta kita semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT walau di mana saja berada. Amin ya rabbal alamin.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge