KAU RASA AKU ADA MASA UNTUK SAKIT KEPALA

Aku-sayang-diriku-sendiri

Saat aku sendiri tidak yakin pada kebolehan yang aku ada, masih ada yang menaruh harapan buat diri yang tidak punya apa-apa. Kepercayaan yang telah diberikan untuk aku menggalas tanggung jawab yang lebih besar membuatkan aku berasa sangat dihargai, dikasihi dan disayangi. Sungguh sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Walaupun ada masa, aku hadap segala tohmahan dan kritikan, dan mungkin ada masa ianya membuatkan aku berasa kecewa dengan apa jua tindakan yang telah aku lakukan, namun aku sentiasa menganggap ianya sebagai satu proses untuk aku terus belajar dan terus perbaiki segala kekurangan yang ada dalam diri.

SUSUN LAH SIKIT GERAK KERJA ITU

Pernah tak satu ketika kau merasakan terlalu banyak perkara yang dilakukan dalam satu-satu masa, tapi sebenarnya kau sedang tidak melakukan apa-apa pun. Kau rasakan hari-hari yang kau lalui itu sangat sukar dan sangat sibuk. Sampai satu tahap kau tidak tahu pun apa yang sedang kau lakukan sebenarnya.

Bagi aku, itu merupakan salah satu kesilapan yang paling besar kau lakukan dalam hidup. Kau tidak menyusun apa perkara penting yang menjadi keutamaan. Mana yang patut didahulukan, yang mana satu pula harus segera diselesaikan. Kau hentam kromo sahaja membabi buta tanpa arah tujuan dan hala tuju.

BELAJAR LAH DARIPADA KESILAPAN

Jangan begitu bossku. Kau harus susun satu persatu jadual dengan teliti. Gerak kerja kau harus lebih kemas dan tertib. Walaupun menyusun atur adalah perkara yang paling meremehkan kau kena buat, nak tak nak mana ada orang lain yang boleh aturkan hidup kau. Kau lah sendiri yang kena tentukan apa yang harus dibuat.

Tak mengapalah. Anggap sahaja ianya satu proses pembelajaran yang mana sebenarnya dengan melakukan kesilapan akan membuatkan kita lebih reti. Kita takkan tahu itu adalah perkara salah sampai lah bila kita tersedar sendiri. Dan jika kau ulangi perkara yang sama juga lagi, ianya bukan lagi kesilapan tapi itu sudah jadi kebodohan.

BUKAN KAU SEORANG JE YANG SUSAH

Dan andai proses kebodohan ini pula berlaku berulang-ulang kali sampai kau jadi pandai, maka janganlah kau putus asa untuk sentiasa mahu berubah menjadi yang lebih baik. Pergilah berguru menimba ilmu dengan para insan yang mereka telahpun berjaya melepasi fasa kegetiran yang sama kita lalui sekarang.

Kau mungkin rasa kisah kau sudah lah susah malahan lebih menyedihkan, tapi kau tak tau kat luar sana ada berbilion kisah yang tidak dapat diceritakan. Apa yang aku nak bagitau sekarang ni, kau tenang bro. Bukan kau seorang je yang susah. Ramai lagi yang senasib dengan kita. Kais pagi makannya pagi membawa ke petang hinggalah malam.

PERANCANGAN ALLAH LEBIH BAIK

Sebiji telur dibahaginya empat. Sambil makan sambil nangis mengenangkan apalah bala yang telah menimpa dalam hidup. Namun kekuatan untuk meneruskan kehidupan itu membuatkan sentiasa ada harapan buat mereka yang mahu berusaha. Yang tidak pernah menjadikan alasan dalam apa jua tindakan yang dilakukan.

Kau boleh beri seribu alasan untuk tak buat, dan kau juga boleh beri seribu alasan untuk nak buat. Semuanya atas diri kau sendiri. Kau mahu tips bagaimana untuk mendapatkan pertolongan disaat kau mahu dibantu orang lain? Mudah saja caranya. Kau bantulah orang didalam kesusahan, Allah SWT pasti akan bantu kau pula waktu dikala kesusahan.

Simple. What u give u get back. Salam.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge