Kau yang dulu bukanlah yang sekarang

angkuhnya-kamu

Kenapa awak sanggup buat saya macam ini? Awak kata awak sayang saya. Awak kata awak cintakan saya. Tapi kenapa awak berubah? Sedangkan awak dah janji nak kahwin dengan saya. Mana pergi kata-kata manis awak dulu? Bukan main lagi dah macam sinetron drama petang awak tau tak.

Awak cakap awak nak sehidup semati dengan saya. Ini belum apa-apa lagi awak dah mungkir janji yang awak sendiri declare dengan saya. Allah hantarkan ujian terus hati awak bergoyang macam pokok nak tumbang. Memang tak boleh pakai langsung lah awak ini. Entah lelaki jenis macam mana awak ini sebenarnya. Cakap tak serupa bikin.

Bukan baru tau kita dah couple. Dah nak dekat 5 tahun dah. Dulu lagi saya dah ajak awak kahwin. Tapi awak kata nanti-nanti. Itu je yang selalu keluar daripada mulut awak. Awak kata nak bina kerjaya dan nak bagi stabil dulu baru nak nikah. Okay lah, saya pun ikutkan je la apa yang awak cakap.

Saya nampak usaha keras awak itu. Pergi pagi balik pun dah pagi, memang tak berhenti awak keluar cari pelanggan yang nak beli produk yang awak jual. Saya nampak kesungguhan awak tu memang buatkan saya kagum dan rasa terharu. Masa itu la. Ini saya cerita pasal apa yang saya nampak dekat awak dulu.

Di puncak kejayaan

Lama kelamaan, awak improvekan cara kerja awak. Bila sampai ke kemuncak ini lah yang saya paling tak sangka-sangka. Nama awak diumumkan antara orang yang paling successful dalam syarikat tempat awak bekerja. Nilai jualan yang awak dah buat melebihi sasaran yang ditetapkan.

Hampir sepuluh kali ganda banyak daripada yang sepatutnya awak kena buat. Nama awak meletup-letup 1 Malaysia awak antara top performer yang paling orang sanjung dan orang puji-puji. Pergi mana je mesti semua orang kenal awak. Awak antara inspirasi orang lain dalam kalangan kawan-kawan dan kenalan awak.

Awak dipanggil ke seluruh negeri untuk bagi sharing dan bagi talk. Telefon awak setiap hari tak berhenti berdering orang call dan nak jadi salah seorang ahli dalam team awak. Saya mula nampak yang pasukan awak dah semakin berkembang.

Ada beratus orang yang nak follow awak sampaikan awak kena tapis betul-betul untuk dapatkan team member yang berkualiti je. Apa yang keluar daripada mulut awak akan jadi inspirasi kat orang lain. Semua selesa bila nak dekatkan diri dengan awak. Sikap awak yang ramah itu buatkan orang senang jatuh hati dan cair bila bersama dengan awak.

Ujian masa senang lebih dahsyat

Betul apa kata orang dulu-dulu. Ujian bila masa susah ini kita senang nak kawal. Kita selalu tunduk dan berserah diri pada Pencipta tapi lain jadinya bila diuji masa senang. Masa ini kita rasa kita raja, kita lah penguasa yang hebat. Semua orang kena tunduk dan dengar cakap kita. Awak jadi seorang yang lain daripada apa yang saya kenal.

Awak jadi bangga, riak, takbur dan sombong diri sampai awak tak boleh dengar apa yang orang lain nasihat kat awak. Salah pilih kawan jadi punca yang buatkan awak macam orang dah tak terkawal. Bahaya bila mana nafsu dah menguasai diri. Semua benda jahat awak katakan baik. Semua benda baik awak katakan jahat.

Hampir setiap hari awak ke kelab malam. Kononnya ada perjumpaan dengan bakal-bakal prospek awak. Apa yang saya nampak bukannya awak kerja pun. Berparti sampai pagi, menari bagai dah macam orang gila. Tu tak termasuk berapa banyak botol-botol arak yang awak dah tonggong setiap malam.

Macam-macam jenama yang awak beli. Duit banyak kan? Apa ada hal. Sampaikan sebotol arak mencecah berpuluh ribu ringgit pun awak sanggup habiskan duit. Katanya air ini dah diperam sejak tahun 50-an dulu lagi. Sedap dan takkan dapat kat mana-mana tempat dalam dunia ni rasa yang sama. What the ^^%&*&^&^*^

Bila nafsu menguasai diri

Yang paling saya tak boleh blah sekali, hampir setiap hari akan ada perempuan yang berkepit dengan awak. Ini yang paling saya tak puas hati dan memang buat saya benci dengan awak. Dorang tu siapa awak, awak bukan kenal pun sebelum ini. Tapi awak boleh habiskan duit awak yang banyak itu untuk dorang semata-mata nak puaskan nafsu awak.

Apa cerita ini awak? Ini terang-terangan maksiat yang memang saya tak boleh nak fikir langsung kenapa awak sanggup buat. Saya ini siapa awak? Saya ini siapa? Bukan ke saya kekasih awak yang awak kata nak kahwin dan bina hidup bersama.

Tapi kenapa awak sanggup buat perasaan saya macam ini. Awak sanggup gunakan kelebihan yang awak ada untuk awak buat perkara yang terlarang dalam agama. Awak bukan setakat buat, awak bahkan bangga dengan apa sahaja kejahatan yang awak lakukan.

Awak tau tak, berdosa besar semua perkara yang awak duk buat sekarang ini. Awak tak takut ke Allah tarik balik semua nikmat yang awak dah dapat sekarang dan lenyapkan balik semua kekayaan awak macam itu je. Rumah tu kalau nak buat sekecil-kecil batu bata je awak, kalau nak roboh sekelip mata je Allah boleh buat.

Semoga dibukakan pintu hati

Dah lah, saya dah tak ingin dengan awak lagi. Awak teruskan kehidupan yang awak sedang nikmati sekarang ini. Kalau betul ini yang awak nak, rasanya dah sampai masa saya sendiri yang kena undurkan diri daripada kehidupan awak. Saya dah tak boleh tahan lagi dengan sikap dan perangai awak sekarang.

Ada sebab juga Allah tunjuk semua ini sekarang sebelum saya kahwin dengan awak. Saya pun tak nak anak-anak saya ada seorang ayah yang perangai dia lagi teruk daripada binatang macam awak. Jantan tak guna.

Saya doa supaya Allah bukakan mata awak balik, dan sedarkan awak daripada segala lamunan yang sedang melalaikan awak sekarang ini. Percayalah awak, hidup kita ini tak lama. Awak berani ke nak tanggung segala perbuatan jahat yang awak buat ini nanti dekat akhirat?

Awak tak takut ke kalau awak tengah seronok berparti tu Allah cabut nyawa awak serta merta? Masa itu awak dah tak sempat pun nak minta ampun dan nak taubat. Awak terimalah pembalasan yang setimpal atas perkara yang awak dah lakukan. Allahu, moga dijauhkan daripada segala tipu daya syaitan laknatullah yang direjam…

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge