Kita keluar mencari nafkah setiap hari bukan untuk diri sendiri. Tapi sebenarnya keutamaan tu semata-mata hanya untuk keluarga tercinta. Mungkin kebanyakan orang sanggup bersusah untuk mendapatkan kepentingan diri.
Terus terang apa yang cuba di pertontonkan tu hanyalah sedikit daripada apa yang sebenarnya mahu diperlihatkan. Ada ramai orang kat luar sana berjuang demi untuk kesenangan hidup keluarganya.
Nampak seolah-olah seperti sedang mengejarkan cita-cita dan kepentingan diri tapi bila diri sendiri berjaya capai apa yang dimahukan, masa tu kepentingan keluarga telah pun ditunaikan sebaiknya.
Aku jumpa orang yang sanggup bawa kereta kancil uzur ke sana sini tapi dalam masa yang sama beliau hadiahkan kepada mak ayahnya kereta yang baru untuk keselesaan orang tua tersayang.
Bukan sebab takde kereta impian yang diidamkan, cuma tahan sekejap untuk capai apa yang diri sendiri nak tu lebih baik dan lebih manis. Sudah tentu satu hari nanti apa yang di mahukan itu tercapai juga.
Cuma kali ni bezanya, ada ramai jiwa yang di belakang nanti tersenyum bangga kerana kita tak pernah sekali-kali abaikan mereka. Dan hadiah yang paling bermakna sudah tentulah doa daripada mak ayah yang tiada hijab dan terus sampai ke padaNya.
Itulah kejayaan yang terbaik di dunia dan akhirat.
Artikel menarik untuk anda:
Luangkanlah masa dan waktu bersama keluarga tersayang
alhamdulillah hari ini aku dapat bawa anak-anak dan isteri pergi jenjalan kat mall. dulu aku ingat, susah macam mana pun takde duit,…... Baca selanjutnya »
Hikmah bersama keluarga dalam tempoh perintah kawalan pergerakan
Hampir 2 bulan duduk rumah sejak daripada mula perintah kawalan pergerakan. Jadi hampir setiap hari kita bersama keluarga daripada bangun tidur sampai…... Baca selanjutnya »
Kenal dengan keluarga bakal isteri sebelum kahwin
Bila kenal dengan seorang wanita, sebaiknya kenal latar belakang pasangan kita juga terlebih dulu. Kenal keluarga mereka. Kenal dengan mak ayah mereka….... Baca selanjutnya »
Lupakan kisah silam yang pernah terjadi
Bila kita ada pertelingkahan sebelum ni dengan sesiapa, lebih baik ambil pendekatan untuk memaafkan antara satu sama lain. Bukan apa, bila kita…... Baca selanjutnya »
Hikmah solat berjemaah dirumah bersama keluarga
Sebagai seorang manusia, kita diciptakan di dunia ini sebagai hamba dan beribadah hanya kepada Allah SWT. Jadi setiap hari, seorang muslim wajib…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions