Bagi aku, takde perkara yang paling best melainkan dapat luangkan masa dengan anak-anak especially waktu malam. Dulu masa aku niaga malam, sebelum nak gi kerja aku mesti tengok dorang dulu.
Kadang abang tak bagi aku keluar rumah sebab dia nak aku temankan dia masa tidur. Abang ni jenis penakut sikit kalau nak dibandingkan dengan adik. Jadi, suara dia nangis tak bagi aku kerja tu memang sayu betul hati aku dengar.
Bila kat tempat kerja, kalau sempat aku akan video call dorang dulu sebelum masuk tidur. Abang paling excited bila dapat bercakap dengan aku. Dia siap cakap lagi babah kalau balik tidur kat sebelah Danish tau.
Sambil tunjukkan bantal kosong dia dah standby kan untuk aku. Aku pun iya kan ajer apa yang dia nak. Ada masa siap pesan lagi bawakkan dia mainan sebelum balik tapi sebab masa tu duit memang tak banyak, aku tak belikan pun.
Bila balik je rumah, dorang semua dah tidur. Abang dengan cara dia tidur, adik pun ada cara dia sendiri. Aku biasanya akan mandi dulu, dah lepas tu sebelum tidur aku akan pergi peluk dorang. Aku akan cium dahi dorang. Takut juga dorang terjaga.
Sebab tu dalam bisnes yang aku duk buat sekarang ni, benda yang aku paling appreciate sekali adalah masa aku setiap malam. Aku sendiri yang tentukan waktu kerja dan dah tentu aku pilih waktu malam masa untuk aku bersama dengan anak-anak.
Sebelum ni aku tak pernah ada peluang nak rasa. Bagi aku orang yang tak pernah kerja malam takkan boleh rasa apa yang kitorang lalui ni. Apa pun bersyukurlah kita selalu dalam apa saja keadaan, insha ALLAH permudahkan lagi urusan.
Sekarang ni ada je aku balik lewat malam, tapi takde lah sampai hari-hari. Bila team aku perlukan bantuan, aku tetap spendkan banyak masa dengan dorang. Balik 1-2 pagi. Tapi bila anak aku kata nak main belon kat putrajaya malam ni, takde hal.
Ambil kunci, start kereta, terus on enjin.
Artikel menarik untuk anda:
Kenapa penting kena bekerja dalam team
Aku pernah kerja sorang-sorang. Memang tak best. Kalau down tak tahu nak cerita kat siapa. Menung je tengok baju-baju yang aku jual…... Baca selanjutnya »
Pentingnya bekerja sebagai satu pasukan
dalam dunia perniagaan yang aku jalankan sekarang ini, kitorang di ajar betapa pentingnya kita bekerja sebagai satu pasukan. mungkin benda ini macam…... Baca selanjutnya »
LUANGKAN SEDIKIT WAKTU
Hari sabtu merupakan hari yang paling dinantikan anak-anak. Tentu sahaja mereka akan seronok dan gembira kerana mereka dibawa berjalan-jalan ke sekitar ibu…... Baca selanjutnya »
Imaginasi waktu kecil jadi kenyataan
Aku dulu masa budak-budak teringin sangat nak ada rumah sendiri yang ada swimming pool. Selalu aku cakap dengan mama papa aku nak…... Baca selanjutnya »
Aku sendiri disini tanpa kau disisi
Honey, kita baru je balik dari bercuti dekat Hawaii. Seronok betul percutian kita haritu kan. Mungkin dah banyak kali kita bercuti kat…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions