KEBERSIHAN DIRI CERMINAN PERIBADI

Syok-sendiri

Ramai yang kurang peka, kadang tak ambil peduli pun tentang kebersihan pada anggota badan sendiri. Sebenarnya menjaga tubuh badan daripada kekotoran itu sangat penting dan merupakan satu ibadah yang sangat dituntut. Ianya bukan saja perkara utama malahan sangat-sangat perlu dititik beratkan dalam kehidupan sehari hari.

Sering kali melihat sesetengah manusia itu, mengabaikan aspek kebersihan seperti kebersihan mulut, kesihatan gigi, penjagaan kulit, penjagaan rambut dan berbagai-bagai lagi. Sengaja membiarkan semua perkara diatas tidak dijaga dan dipelihara menjadikan kita seorang yang akan dipandang enteng bagi sesetengah masyarakat.

BAU BADAN KURANG MENYENANGKAN

Masalah bagi mereka yang tidak menjaga kebersihan diri dengan baik ini ialah badannya akan sentiasa berbau kurang menyenangkan. Sebenarnya individu tersebut tidak boleh menghidu bau badan pada diri mereka sendiri tetapi orang lain yang berada disekeliling boleh. Pasti kawan-kawan akan menjauhkan diri dan tidak mahu bergaul bersama.

Sebagai langkah pencegahan, seseorang itu haruslah mandi dengan lebih kerap dan menggunakan sabun yang sesuai dengan tubuh badan. Baju yang telah disarung sebaiknya tidaklah dipakai semula bagi mengelakkan kuman melekat dan berbau akibat saki baki peluh yang telah diserap sebelumnya.

CUCI GIGI DI KLINIK 6 BULAN SEKALI

Ramai juga dikalangan sesetengah orang tidak mementingkan penjagaan oral mereka. Sebagai langkah pencegahan, disarankan sebenarnya supaya memberus gigi paling kurang 2 kali setiap hari dan floskan gigi secara berkala. Ianyan haruslah dijadikan rutin setiap hari demi menjamin kebersihan mulut sentiasa harum dan menyenangkan.

Mungkin ada ketika tidak boleh tidak pasti kita akan makan makanan yang mengandungi bawang putih yang boleh menyebabkan mulut berbau. Jadi sebagai langkah pencegahan yang terbaik, haruslah segera mencari punca air yang terdekat dan berkumur seberapa banyak yang boleh. Pasti masalah ini dapat diatasi dengan sempurna bila kita sentiasa peka. Dapatkan juga rawatan berkala di klinik gigi berhampiran.

PANDANGAN ORANG TENTANG PENAMPILAN LUARAN

Perkara yang paling penting dan paling utama sekali ialah menjaga penampilan diri daripada pandangan masyarakat. Ini kerana, pandangan pertama seseorang terhadap kita akan memberikan tanggapan sama ada kita ini seorang yang menyenangkan untuk didekati atau tidak menarik dan perlu dielakkan.

Pastikan pakaian sentiasa dalam keadaan kemas bergosok dan tidak kotor. Kasut juga perlu sentiasa bersih dan tidak berselut. Rambut tersisir rapi dan tidak kelihatan kusut. Jika kita ambil endah tak endah akan perkara ini tentunya akan menyebabkan kita kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri kerana kita akan kelihatan selekeh.

IBADAH YANG SANGAT DITUNTUT

Sentiasalah mengambil berat tentang kebersihan dan kekemasan diri supaya orang ramai lebih senang hendak bergaul dan kita juga akan lebih yakin bila nak berhadapan dengan orang awam. Malahan kita sebenarnya juga telah berjaya mengelak daripada mudah terkena penyakit yang berbahaya seperti penyakit kulit yang boleh menyebabkan fizikal terjejas.

Menunaikan ibadah dan solat fardhu setiap hari juga mewajibkan kita bersih apabila bertemu Allah SWT di dalam solat. Jadi tiada sebab untuk mengambil enteng akan kebersihan diri ini. Kebersihan seseorang individu itu menjadi cerminan tentang peribadi mereka sendiri. Jaga lah kebersihan diri 24 jam sentiasa dan ianya menjadi amal ibadah yang tinggi nilainya disisi Allah SWT.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge