Ramai isteri yang sentiasa mahu jadi yang terbaik di mata suami. Bila suami senang dengan isteri, rumah tangga lebih aman dan bahagia. Bagi seorang suami yang soleh, kecantikan dan rupa paras itu hanyalah luaran semata-mata. Apa yang penting adalah peribadi isteri itu sendiri.
Kali ini saya kongsikan pandangan seorang suami terhadap isterinya. Andai kata ketiga-tiga ciri ini memang ada pada seorang wanita itu, maka bertuahlah suaminya sudah memiliki seorang yang sangat baik budi pekerti dan indah akhlaknya.
Iman
Sudah tentu wanita yang hebat itu memiliki keimanan yang tinggi terhadap agamanya. Sentiasa menjalankan tanggung jawab sebagai seorang muslim yang baik dan tidak sesuka hati melanggar hukum hakam agama yang sudah termaktub di dalam al-Quran.
Sangat takut bila melakukan perkara yang ditegah dan sentiasa perbaiki diri mengerjakan amalan yang wajib dan sunat. Setiap kali melakukan satu-satu pekerjaan, sentiasa meletakkan agama di depan. Wanita sebegini sangat dihormati oleh para suami.
Ilmu
Isteri yang berilmu tentu saja tidak mudah terpedaya dengan pelbagai anasir luar yang cuba mahu menganggu gugat kesejahteraan hubungan bersama suami. Kehidupan kita di era yang serba canggih ini membuatkan para isteri terdedah dengan kejahatan yang terselindung.
Jadi, isteri yang bijak tentu tahu cara-cara mahu menangani satu-satu perkara yang berlaku di luar jangka. Tidak bergantung semata-mata dengan suami, mereka sendiri pandai menguruskan hal-hal yang tidak sepatutnya berlaku di dalam rumah tangga.
Adab
Apa lagi yang mahu dikatakan dengan isteri yang pandai menjaga adab? Sudah tentu mereka tidak akan melakukan perkara yang tidak senonoh ketika ketiadaan suami di rumah. Sentiasa menundukkan pandangan dan tidak terpedaya dengan hasutan syaitan.
Penggunaan media sosial yang bebas membuatkan seorang isteri itu mudah terdedah dengan khayalan-khayalan yang memberahikan mata memandang. Wanita yang beradab sudah tentu tidak akan menatap apatah lagi mahu membanding-bandingkan suami sendiri dengan lelaki lain.
Cerminan diri
Isteri yang solehah ini sebenarnya biasan daripada seorang suami yang soleh juga. Saya percaya ramai pasangan diluar sana yang mahukan teman hidup terbaik yang boleh sama-sama membimbing antara satu sama lain ke negeri akhirat yang kekal abadi.
Sentiasalah perbaiki diri tak kira sama ada suami mahupun isteri. Setiap manusia melakukan kesilapan. Akui kesalahan dan minta maaflah andai pernah terkasar bahasa atau terlanjur perbuatan. Keluarga yang bahagia sentiasa mendapat keredhaan disisi Allah SWT.
Hargailah teman hidup.
Artikel menarik untuk anda:
RINDUKU PADA SUAMI TIDAK TERUNGKAP
Aku seorang suri rumah sepenuh masa. Suami lah yang menanggung segala nafkah dan perbelanjaan kami sekeluarga. Bagi suami, semua itu telah ditunaikan…... Baca selanjutnya »
Jangan puji perempuan lain depan isteri
Setiap manusia yang lahir ke dunia ini ada kelebihan dan ada kekurangan dalam diri masing-masing. Kita hidup berpasangan dan saling melengkapi antara…... Baca selanjutnya »
Didik isteri solat berjemaah bersama
Sekarang ini banyak berlaku kes-kes rumah tangga yang tidak bertahan lama. Kita semua sedia maklum yang jodoh ini rahsia Allah SWT. Ada…... Baca selanjutnya »
3 ciri suami sejati idaman para isteri
Ramai lelaki di luar sana yang menyangka seorang wanita itu menginginkan suami yang stabil dalam kerjaya, punya kewangan yang kukuh, dan memiliki…... Baca selanjutnya »
Beri peluang isteri bersuara
Bila berbincang tentang cara-cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu, kita sebagai suami tak boleh nak pentingkan diri. Jangan jadi diktator dalam keluarga…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions