Aku belek satu persatu buku yang ada di kedai ini. Menakjubkan! Tidak pernah aku bayangkan ada kedai buku sebegini ajaib. Hampir setiap kedai buku yang popular di nusantara aku dah pernah pergi. Kebanyakannya kedai menjual buku-buku yang sudah biasa kita lihat atau kita mudah nampak di mana-mana.
Namun kedai yang satu ini lain daripada yang lain. Mereka punya keunikan yang tak pernah aku sangkakan. Tak padan dengan kedai yang kecil dan tersembunyi pula daripada pandangan mata orang awam. Jika sekali imbas pasti tiada seorang pun yang perasan disebalik pokok besar itu ada kedai buku.
LAIN DARIPADA YANG LAIN
Ada sesuatu perkara yang lain daripada yang lain yang tak boleh nak aku ceritakan. Pekerja di dalam kedai ini sangat cantik dan sangat manis orangnya. Beliau sangat sopan dan tidak banyak bercakap namun acap kali melemparkan senyuman yang menawan. Jika bertanyakan satu soalan, dia menjawab dengan beberapa patah perkataan sahaja.
Kedai ini juga pada awalnya aku rasakan sedikit gerun masa mula-mula nak masuk tadi, tetapi bila sudah lama berada dalam ini aku dapat merasai satu ketenangan yang lain daripada yang lain. Jiwa seakan terbuai dengan suasana ibarat berada dalam hutan belantara yang tebal. Aku dapat rasakan oksigen yang sangat nyaman.
BAGAIMANA BOLEH BEGITU TERPERINCI
Buku-buku yang ada di dalam kedai ini sangat pelik dan ganjil. Baru tadi aku terlihat satu buku yang menceritakan bagaimana keadaan kota atlantis di zaman kegemilangannya. Bagaimana tamadun di zaman tersebut dibina dan suasana penduduknya yang sangat harmoni dan aman tenteram. Bagaimana penulis buku ini boleh menceritakan sebegitu terperinci tentang keadaan di zaman itu.
Seolah-olah beliau seperti pernah berada di tempat tersebut sedangkan semua orang mengetahui bahawa kota atlantis adalah sebuah kota dongeng dan kalau wujudpun mungkin beribu-ribu tahun lamanya. Apa yang memeranjatkan aku lagi, terdapat berpuluh-puluh gambar yang disertakan dalam buku tersebut.
RASA SEPERTI BERADA DI DALAM DUNIA BERLAINAN
Jelas kelihatan bagaimana penduduk kota atlantis menjalankan aktiviti harian dan aku sangat terpegun dengan senibina-senibina yang ada pada zaman itu. Ianya kelihatan sangat pelik dan unik dan langsung tak pernah terlihat di zaman sekarang. Buku ini memang betul-betul pelik dan sangat di luar minda.
Ada beberapa lagi buku yang ku baca dan semuanya seperti tidak masuk dalam akal fikiran. Lama-lama aku jadi pelik dengan kedai buku ini. Ada buku yang menceritakan bagaimana cara-cara membela seekor kuda unikorn. Apakah pemakanan yang boleh membantu kuda unikorn membesar dengan kuat dan sihat.
PERASAAN SEMAKIN CELARU
Sedangkan setahu aku, tiada satu orang pun di zaman moden ini yang pernah nampak kuda unikorn secara depan-depan. Semua hanya kisah dongeng yang diceritakan pada kanak-kanak di waktu malam sebelum tidur. Namun buku ini menceritakan dengan begitu terperinci seperti ianya memang benar-benar wujud.
Aku ambil keputusan untuk keluar daripada kedai tersebut. Makin lama aku berada didalam kedai tersebut, makin banyak perkara pelik yang aku alami. Pekerja yang sedang mengemas buku-buku juga sudah tidak kelihatan. Baru aku perasan yang aku seorang sahaja pelanggan yang ada di dalam kedai tersebut.
DATANG KEMBALI
Semua cerita yang ada dalam buku-buku tadi membuatkan aku berasa sedikit pening dan sukar untuk menghadamnya. Aku sangat tidak menyangka bagaimana perkara yang kita semua rasakan tidak wujud, tetapi ada buku yang menceritakan dengan sangat terang dan jelas berserta gambar-gambar eksklusif lagi.
Apa yang pasti ini tentunya satu pengalaman yang aku tidak akan lupakan. Aku tentu akan datang ke kedai buku ini lagi. Aku pasti jika aku ceritakan hal ini kepada teman-teman yang lain, mereka juga akan berasa begitu teruja. Ramai daripada kawan-kawan aku yang memang menggemari sejarah dan suka mengkaji perkara yang telah berlalu.
Mereka tentu akan takjub dengan apa yang aku dah lihat.
Artikel menarik untuk anda:
HIKMAH DISEBALIK KEJADIAN YANG SEDANG TERJADI
Dalam kehidupan kita sehari-hari, ada kala kita merasakan apa sahaja perkara yang telah terjadi pada hari itu adalah suatu kebetulan tidak dijangka….... Baca selanjutnya »
KEJAYAAN BUAT MEREKA YANG BERSABAR
Puas rasa hati bila setiap hari dapat berikan masa untuk bersama dengan anak-anak. Melihat keletah mereka bermain dan bermanja, buatkan aku rasa…... Baca selanjutnya »
MELAKUKAN PERKARA YANG KITA SUKA
Acap kali soalan ini di tanyakan kepada diri. Kau tak rasa susah ke bila buat jualan? Bukan ke kalau kita berniaga ini,…... Baca selanjutnya »
CARA PELIK MAKAN SNACK PLATE KFC
Sabri teka mesti ramai dekat luar sana yang suka makan ayam goreng Kentucky Fried Chicken ataupun biasa kita panggil KFC. Sabri juga…... Baca selanjutnya »
GIOLA BARBERSHOP KEDAI GUNTING TERBAIK
Hari ini kita bawa abang Danish potong rambut. Tahun ini raya dekat Sabah. Rambut nak kena pendek sebab cuaca Sandakan biasanya agak…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions