• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Sabrijati

  • Home
  • AKU SABRIJATI
  • ARKIB ARTIKEL
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Uncategorized / KEJAYAAN BUAT MEREKA YANG BERSABAR

KEJAYAAN BUAT MEREKA YANG BERSABAR

7 May 2019 by sabrijati 2 Comments

Puas rasa hati bila setiap hari dapat berikan masa untuk bersama dengan anak-anak. Melihat keletah mereka bermain dan bermanja, buatkan aku rasa tenang dan bahagia. Aku bersyukur dikurniakan dua cahaya mata comel yang mewarnai kehidupan bersama isteri. Mereka berdua ibarat pelengkap kepada keluarga kecil kami.

Setiap hari, ada sahaja karenah mereka yang membuatkan kami tertawa dan gembira. Adakala si abang menyakat adiknya dan adakala si adik menyakat si abang pula. Masing-masing tak mahu mengalah. Selagi tak penat selagi itulah mereka bermain. Bila dah letih sangat, mereka berdua pun tertidur bersama-sama dalam bilik

REZEKI DAN KUNIAAN

Aku bersyukur kerana Allah SWT kurniakan rezeki yang tidak terhingga ini. Berkecimpung dalam bidang jualan memberikan aku lebih banyak masa untuk bersama keluarga. Kehidupan aku tidak lagi terikat dengan waktu kerja yang tetap. Semuanya bergantung bagaimana aku menguruskan masa dalam membahagikan antara kerjaya dan keluarga.

Kebebasan beraktivti menjadikan aku lebih tenang dalam menjalani kehidupan seharian. Aku sendiri yang menentukan haluan dah arah tuju yang aku mahukan. Aku tidak perlu berada di pejabat setiap masa seperti mana yang dihadapi oleh orang lain. Aku boleh kesana dan kesini bebas melakukan aktivti jualan tanpa perlu terikat di satu-satu tempat.

HASIL YANG BERKAT

Paling membuatkan aku lebih menghargai kerjaya ini ialah aku sangat bersyukur dengan komisen jualan lumayan yang telah aku terima. Aku tidak menyangka bidang jualan ini mampu menjana pendapatan di luar daripada jangkaan. Aku menerima pendapatan lebih tiga kali ganda daripada yang telah aku terima daripada pekerjaan ku yang lama.

Aku tidak pernah menyangka kehidupanku boleh berubah 367° berbeza berbanding sebelum ini. Jika dahulu, untuk menampung perbelanjaan harian sahaja sudah cukup membuatkan sesak nafas, kini alhamdulillah aku boleh berkongsi kebahagiaan bersama rakan-rakan dan keluarga ku yang lain. Aku lebih berkeyakinan untuk meneruskan langkah pantas kedepan.

BERJUANGLAH

Syukur alhamdulillah dengan kurniaan rezeki yang tidak terhingga yang Allah kurniakan kepada kami sekeluarga. Pengalaman jatuh bangun sebelum ini banyak memberikan pengajaran dan muhasabah bahawa setiap kali menerima ujian, jangan pernah sekali-kali berputus asa dalam memohon rahmat dan keredhaan dari Allah SWT.

Paling penting adalah sentiasa bersabar dalam menempuh dugaan hidup. Berusahalah sehabis baik walaupun kadang kala apa yang kita lakukan nampak seperti tidak memberi hasil yang diingikan. Percayalah, berkat ketabahan, insha Allah pasti akan hadir sinar kejayaan buat mereka yang sentiasa bersabar dan berserah diri mengharap kebergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT.

Artikel menarik untuk anda:

RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA

RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA

Esok, semua umat Islam akan mula berpuasa bagi tahun ini. Pastinya ramai yang teruja bagi menyambut kedatangannya. Sama juga seperti Sabri. Setiap…... Baca selanjutnya »

RINDU PADA YANG JAUH

RINDU PADA YANG JAUH

Perasaan bila berjauhan dengan anak-anak memang sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Aku akui bila tak dapat nak melihat mereka setiap hari seperti…... Baca selanjutnya »

PENGORBANAN BUAT ANAK YANG TERSAYANG

PENGORBANAN BUAT ANAK YANG TERSAYANG

Perkahwinan merupakan ikatan suci dua insan yang telah berjanji bersumpah setia hingga ke hujung hayat mereka. Saling sayang menyayangi antara satu sama…... Baca selanjutnya »

MELAKUKAN PERKARA YANG ORANG LAIN TAK NAK BUAT

MELAKUKAN PERKARA YANG ORANG LAIN TAK NAK BUAT

Entahlah. Kadang tu kita dah nampak sebenarnya apa yang boleh dicapai. Jalan tu memang dah terang lagi bersuluh lah orang kata. Boleh…... Baca selanjutnya »

SEANDAINYA MEREKA TAHU

SEANDAINYA MEREKA TAHU

Biasalah kadang orang luar sukar sebenarnya nak memahami apa yang sedang kita lalui sekarang ini. Mungkin bagi pandangan mata mereka, sebenarnya sesuatu…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Uncategorized

Previous Post: « MEMBAZIR ITU MERUGIKAN
Next Post: PILIHAN ITU ADA DITANGAN »

Reader Interactions

Comments

  1. Ema

    7 May 2019 at 10:47 pm

    Alhamdulillah..Tahniah dengan rezeki yang diterima

    Reply
    • sabrijati

      9 May 2019 at 11:59 pm

      Alhamdulillah. Siapa yang bersyukur dengan rezeki yang dikurnia, pasti Allah tambahkan lagi rahmat dan keredhaan Nya. Amin2

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • MENERIMA KETIKA MANA YAKIN DENGAN MEMBERI
  • PERGI TIDAK DIMINTA, HADIR TIDAK DIDUGA
  • REALITI MELAWAN FANTASI
  • HIKMAH DISEBALIK KEJADIAN YANG SEDANG TERJADI
  • MELAKUKAN PERKARA YANG ORANG LAIN TAK NAK BUAT

Recent Comments

  • sabrijati on BUFET DURIAN TERBAIK DI LEMBAH KLANG
  • sabrijati on RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA
  • Juhaini on RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA
  • Kerja Sendiri on BUFET DURIAN TERBAIK DI LEMBAH KLANG
  • sabrijati on MANA ANAK AKU

Archives

  • November 2019
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019

Categories

  • Uncategorized

Copyright © 2019 Sabrijati on the Foodie Pro Theme