Kejayaan tak datang bergolek

quote-typography-dark-background-simple-background-wallpaper-preview

Betul orang cakap. Takde benda yang senang dalam hidup kita ni. Setiap daripada kita mesti ada ujian hidup yang kita kena hadap. Takkan boleh lari mana. Sebab ni dah ketentuan.

Supaya kita jadi manusia yang lagi kuat. Memang kadang-kadang ujian hidup ni kita rasakan macam tak adil kat diri kita. Tapi sebenarnya itulah yang terbaik untuk jadikan kita manusia berjaya masa akan datang.

Apa nak jadi, jadilah. Masa ni dah tak kisah dah. Kita kena ingat, cuma kita sendiri je yang boleh ubah hidup kita. Takde orang lain yang boleh ubah. Kalau kita malas, duduklah dalam zon selesa tu sampai bebila.

Percaya ke tak, orang yang berjaya bukan sebab dia power ke dia terer ke. Tapi dia buat je apa yang dia memang nak kena buat. Takde alasan. Kalau nak sesuatu benda tu, mesti akan dapatkan.

Cuma cepat ataupun lambat tu, bukan urusan kita. Yang penting kita usaha sungguh-sungguh. Sampai masa kejayaan tu sendiri akan datang kat kita. Bila sampai masa ALLAH SWT izinkan.

Sementara tu tak boleh lah putus asa. Tak boleh lah patah semangat. Down tu biasa, tapi lama-lama kita dah tahu macam mana nak handle down tu dan tukarkan down tu jadi kekuatan dalaman kita untuk bangkit balik.

Hari ni kita rasa susah. Tapi percayalah semua kesusahan ni akan jadi kenangan manis yang kita takkan lupakan, bila kita dah sampai ke puncak kejayaan. Ada banyak cerita yang kita kongsikan.

Cerita bagaimana sebuah kejayaan tu terbina daripada satu kekuatan yang datang tulus daripada hati. Mengecapi nikmat kesenangan bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Tapi untuk nak tengok senyuman di sebalik orang yang kita sayang seumur hidup. Its all about family.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge