Aku begitu terperanjat sebentar tadi. Hampir tidak percaya dengan apa yang baru sahaja berlaku. Seperti biasa aku keluar rumah dengan menunggang motosikal ke tempat kerja. Setelah bersiap dan menyusun peralatan yang harus ku bawa, lalu aku hidupkan motosikal kepunyaan ayah aku. Cuma aku perasan hari ini susah pula nak hidupkan enjinnya.
Biasanya dengan sekali tekan starter sahaja motor dah terus hidup tetapi kali ini aku terpaksa memggunakan kick start. Namun aku menganggap itu adalah hal biasa. Barang kali bateri motor sudah hampir tamat tempoh. Perlu ditukar yang baru supaya lebih mudah untuk hidupkan enjinnya.
KENDERAAN SENTIASA DALAM KONDISI TERBAIK
Menuruni bukit yang curam di kawasan perumahan tempat aku tinggal kadang kala perlukan konsentrasi yang tinggi dan sentiasa meneliti brek berfungsi dalam keadaan baik dan cekap. Disebabkan sudah berpuluh tahun tinggal di sini jadi aku tidak punya sebarang masalah. Mungkin bagi yang tidak biasa perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri.
Enjin 100 cc dan motosikal yang tidak pernah diubah suai dibeli 5 tahun lepas hanya boleh dibawa dengan had laju sekitar 80 kilometer sejam. Lebih bagus aku biarkan motor ini sebegini dan tidak perlu dinaik taraf supaya lebih laju seperti yang disaran oleh kawan-kawan aku yang lain. Laju-laju bukannya nak ke mana-mana.
CURIGA DENGAN PEMANDUAN YANG PELIK
Setibanya di sebuah tol yang berada selang beberpa minit dari tempat aku mula bertolak, aku perlahankan dan mengikut laluan motor yang telah disediakan sama seperti penunggang yang lain. Aku turuti sahaja motorsikal yang ada didepan. Walaupun mereka sedikit lambat kerana laluan kecil namun aku tidak hiraukan sangat.
Setelah aku masuk ke laluan utama semula aku perhatikan satu kereta berwarna putih sedang memperlahankan kenderaan tetapi aku tidak ambil endah kerana tumpuan aku hanya mahu ke laluan sebelah kanan dan memotong kenderaan itu dari sebelah sisi kiri. Aku tidak boleh terus masuk ke laluan kanan kerana ada kenderaan lain dibelakang kereta putih itu.
KEJADIAN TIDAK DIDUGA SAMA SEKALI
Tiba-tiba aku tidak menyangka yang kenderaan putih tersebut dengan tidak semena-mena memusingkan kenderaan dan cuba masuk ke laluan kiri sedangkan aku sedang berada disisi kenderaannya. Aku paut motor mengikut arah pergerakan kereta itu supaya aku tidak melanggar sisi badannya. Lalu aku menekan hon panjang tanda protes tindakan yang dilakukan.
Hampir sahaja aku melanggar kereta itu yang membelok secara mengejut. Kejadian berlaku sangat pantas dan dalam keadaan motosikal tidak dibawa dengan laju. Jika keadaan tidak bernasib baik pasti aku sudah melanggar kereta tersebut dan tentunya aku akan terjatuh dan tercedera akibat daripada kecuaian orang lain.
SENTIASA BERHATI-HATI DENGAN KELALAIAN DIRI SENDIRI MAHUPUN ORANG LAIN
Aku berhentikan motosikal dan pemilik kereta tersebut pun berhenti. Berulang-ulang kali dia menyatakan kekesalan atas tindakan yang beliau telah lakukan. Aku pada mulanya memang agak marah dan kalau ikutkan hati memang boleh jadi bergaduh dan pasti akan berlarutan lebih panjang.
Mujur berkat berpuasa sunat pada hari ini, Allah selamatkan aku daripada bahaya yang hampir terjadi, dan aku menerima permohonan maaf beliau dan menasihati agar lebih berhati-hati apabila memandu dan sentiasa menggunakan cermin sisi serta signal yang ada pada kereta. Jangan sekali-kali cuai hanya kerana malas menggunakan kelengkapan yang telah dipasang pada kereta.
Kepada para rider seperti aku, sentiasa tumpukan perhatian pada tunggangan kerana kecuaian orang lain juga boleh memberikan akibat yang tidak baik pada kita walaupun kita sememangnya penunggang berhemah. Berhati-hati di jalan raya.
Artikel menarik untuk anda:
TIPS BELI KERETA
Pasti seronok bila dapat beli kereta baru. Bau kereta baru memang boleh buat orang mengigau. Lagi-lagi mereka yang baru pertama kali nak…... Baca selanjutnya »
ADUH SANGKUT LAGI
Kesesakan trafik sudah menjadi lumrah dan biasa berlaku bila kita berada di bandar-bandar besar. Masalah yang dihadapi ini bukan saja berlaku di…... Baca selanjutnya »
KUATKAN AKU
Guruh berdentum dengan sangat kuat. Angin ribut dan kilat sabung menyabung bagaikan membelah langit. Cuaca yang tadinya cerah terang benderang langsung bertukar…... Baca selanjutnya »
RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA
Esok, semua umat Islam akan mula berpuasa bagi tahun ini. Pastinya ramai yang teruja bagi menyambut kedatangannya. Sama juga seperti Sabri. Setiap…... Baca selanjutnya »
TAKUT GAJI
Luca seorang yang sangat bekerja keras. Setiap hari Luca akan keluar seawal pagi hinggalah balik lewat malam. Tentu sekali pendapatan Luca bukan…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions