Kelebihan menggunakan satu jenis minyak wangi

kenal-diri-sendiri

Hari ini aku nak kongsikan kelebihan bila kita pakai satu jenis minyak wangi dan kita tak tukar-tukar minyak wangi. Bagi aku tak salah pun kalau kita ada banyak minyak wangi nak pakai.

Dah kalau kata mampu, apa salahnya kan? Tapi aku ada seorang kawan ini dulu dia memang jenis pakai satu minyak wangi je. Dia tak pernah bagitau sebab apa, tapi aku jadi berfikir sendiri sampai sekarang, kenapa?

Mudah untuk teringat seseorang

Sekarang baru aku sedar. Sebenarnya bila dia pakai satu jenis minyak wangi je, dia dah buatkan aku asyik teringatkan kat dia. Orang kata dah macam ada identiti sendirilah maksud dia.

Even kalau aku pergi mana-mana je, kemudian aku terhidu bau minyak wangi tu tapi sebenarnya orang lain yang pakai, automatik aku jadi ingat kat dia balik walaupun kalau ikutkan dah berbelas tahun tak jumpa.

Lebih menghargai minyak wangi

Lepas itu pula bila minyak wangi ini kita tak tukar-tukar, kita akan lebih berhati-hati bila nak gunakan. Takdelah nak main sembur tak tentu hala kalau boleh nak habiskan terus satu botol.

Yang ini boleh mengajar kita berjimat cermat supaya takdelah nak kena kerap beli. Orang yang selalu bekerja berhadapan dengan ramai orang mesti selalu terkesan dengan hal ini. Baru je beli minyak wangi dah habis, betul tak?

Buat pilihan yang tepat dan sesuai

Paling penting sekali kelebihan bila pakai satu jenis minyak wangi ini kita akan pastikan pembelian yang kita beli tu tepat dan sesuai dengan diri kita. Makna kata kita tak beli secara semberono je.

Dah beli tak pakai. Kan rugi. Kalau jenis beli sekali je ni, kita mesti akan buat rumah research dulu pasal minyak wangi itu. Kemudian kita cuba dulu. Rasa sesuai baru beli. Betul tak?

Amalan membazir memang tak bagus

Bagi aku ini lah kelebihan bila pakai satu jenis minyak wangi je. Kita akan lebih menghargai minyak wangi yang kita beli itu dan boleh elakkan diri daripada membazir. Habis, baru beli baru.

Tapi bab orang akan ingat kita sampai bila-bila itu memang rare. Kita akan sentiasa jadi ingatan orang. Betapa kuatnya daya tarikan orang yang pakai minyak wangi. Sentiasa akan dikenang orang lain sampai bila-bila.

Terbaiklah.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge